Jumaat, 29 Ogos 2014

Seorang Wanita dan Sekantung Kuih

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, salam pagi jumaat buat semua =)

Terbaca satu entry yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama =)

jom hayati cerita ini, banyak pengajaran disebaliknya :

Seorang wanita sedang menunggu di sebuah terminal pada suatu malam. Masih ada beberapa jam sebelum jadual kapal terbangnya berlepas. Untuk menghilangkan rasa bosan, dia membeli sebuah buku utk dibaca dan sekantung kuih di sebuah kedai yang terdapat di situ lalu menemukan tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya.
Dalam keasyikannya membaca, dia melihat seorang budak lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada di antara mereka. Wanita tersebut cuba mengabaikan perbuatan budak lelaki itu agar tidak terjadi kekecohan. Dia membaca, mengunyah kuih dan melihat jam.
Sementara budak lelaki tadi semakin berani menghabiskan kuihnya. Dia semakin geram melihat tindakan berani budak lelaki itu.
"Sakan budak ni..sabaq ja la, kalau orang lain dah lama jentik telinga dia...!", marah wanita itu dalam hati.
Setiap kali dia mengambil satu kuih, budak lelaki itu juga akan mengambil satu. Budak lelaki tersebut langsung tidak merasa bersalah dan tenang terhadap sikap wanita tersebut yang sudah kelihatan amat terganggu. Ketika hanya berbaki satu kuih, wanita itu tertanya-tanya apa yang akan dilakukan budak lelaki itu. Sambil tersenyum, budak lelaki itu mengambil kuih terakhir dan membelahnya kepada dua bahagian.
Budak lelaki itu tanpa segan silu menawarkan separuh kuih itu sementara dia makan yang separuhnya lagi. Wanita itu pun merebut kuih yg tinggal separuh itu dgn kasar sambil berkata dlm hati,"tak malu betul la budak ni, anak sapa la ni..dah la selamba badak ja makan kuih aku tak terima kasih pulak tu..", Belum pernah rasanya dia begitu geram.
Wanita itu menghela nafas lega saat penerbangannya diumumkan. Dia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu gerbang. Dia menoleh kepada budak lelaki yang makan kuih2nya sambil berkata, "Adik, tak baik mencuri, kalau nak mencuri pun jangan bagi orang nampak.. "
Wanita itu naik pesawat dan duduk di kerusinya, lalu mencari bukunya yang hampir selesai dibacanya tadi. Saat dia meraba beg tangannya, dia menahan nafas panjang.
Di dalam beg tangan itu ada kantung kuihnya.
"Eh..ni kuih aku, maknanya hat tadi...dia tak dapat meneruskan kata2. Jadi kuih tadi adalah milik budak lelaki tadi dan dia mencuba untuk berkongsi. Sudah terlambat untuk meminta maaf, dia tersandar sedih. Dialah sebenarnya yang kasar, tak tahu berterima kasih dan dialah pencuri kuih itu.
____
Begitu jugalah dgn kita. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri.
Orang lainlah yang selalu salah, orang lainlah yang patut disingkirkan, orang lainlah yang tak tahu diri, orang lainlah yg teruk, orang lainlah yg tk sedar diri, orang lainlah yang berdosa, orang lainlah yang selalu bikin masalah, orang lainlah yang patut diberi pengajaran.
Padahal kita sendiri yang 'mencuri kuih' tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu berterimakasih. Kita sering mempengaruhi, mengomentari, mencemuh pendapat dan penilaian orang lain padahal kita tidak tahu apa permasalahannya.
Melihat kesalahan orang lain itu sangat mudah, tapi kesalahan kita walau sebesar bukit pun kita tak pernah lihat, perbanyakkanlah muhasabah diri agar kita boleh menjadi lebih baik lagi. Kadang kita tak mampu melihat kebaikan orang lain kerana kita menutup hati kita terlebih dahulu.

-copypastekredittoKGM-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan