Rabu, 27 Ogos 2014

Kenapa kita digalakkan amalkan makan KISMIS ?

Kita semua tahu memang selalu kita disyor amalkan makan kismis, tapi tahukah kita kehebatan kandungan nutrisi dalam kismis yang menakjubkan tue ??

haa jom sama-sama kita baca kehebatan Kandungan Nutrisi Menakjubkan di dalam Kismis:

Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:

✔ Garam mineral

Magnesium - baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
Kalsium dan fosforus - membina tulang dan gigi yang baik.
Zat besi - membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
Kalium - mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.

✔ Vitamin-vitamin

Vitamin C - Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
Vitamin B6 - Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Vitamin K - Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
Folat - Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
Riboflavin - membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.

✔ Makanan untuk otak

Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik.

Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.

✔ Membantu mengurangkan sembelit.

Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 g serat yang boleh membantu tubuh badan anda dari bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.

Selain itu, kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:

· Melindungi hati
· Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
· Membantu sebagai penerang hati
· Membantu mengurangkan stress
· Membantu merawat penyakit anemia
· Membantu merawat masalah pelupa
· baik untuk menguatkan hafalan
· melindungi hati
· melawan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan gigi reput.
· membantu menerangkan hati (untuk anak-anak yang degil)
· membantu mengurangkan stres.

· membantu merawat penyakit anemia (penyakit kekurangan sel darah merah)



· snek yang lazat dan sering diambil oleh penuntut-penuntut sekolah agama dan pondok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan