Memaparkan catatan dengan label CATATAN PENGALAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN PENGALAMAN. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2016

Berdoalah Setiap Hari




Ya allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai dan Jadikan produk keluaran pellavina (pewiit skincare, sakura dan pewiit scar serum) membantu ramai orang lain agar dapat kulit yang sihat dan bersih dari cela !!
Aamiin smile emoticon

Sabtu, 27 Februari 2016

Alhamdulillah Syukur Nikmat Pemberian Ilahi

Assalamualaikum dan selamat pagi smile emoticon
Alhamdulillah smile emoticon



syukur juga dipanjatkan ke hadrat ilahi atas limpahan rahmat dan perlindungan yang berterusan serta kesembuhan yang diberikan kepada semua yang telah berpuashati dengan pewiit skincare smile emoticon
semuanya dengan kehendak dan izin allah swt jua smile emoticon
Insyaallah, semoga perniagaan ini sentiasa dilimpahi rezeki yang berkat smile emoticon
Doakan juga untuk team pellavina ye ....tqvm smile emoticon

Ahad, 29 November 2015

Hebatnya Mendahulukan Keinginan Ibu Dan Ayah !!

Nak kongsi satu cerita yang sangat membuatkan saya terinsaf seketika !!!

Semalam hari yang sibuk..entertain ibu dan ayah mertua 
smile emoticon
Tapi dalam duk sibuk sale mencanak2 juga  smile emoticon
alhamdulillah...salah satu punca murah rezeki !!
Bahagiakan hati ibu dan ayah smile emoticon
alhamdulillah ‪#‎syukurselalu‬


Selasa, 15 September 2015

Nak Murah Rezeki ??

Ayat rezeki melimpah tak pernah habis-habis. Berdasarkan pengalaman Arda sendiri juga nie, alhamdulillah sejak amalkan amalan nie, memang terlalu banyak benda yang tak disangka-sangka berlaku, allahuakbar !! Tak terluah dek kata-kata tapi memang sangat-sangat syorkan uols semua amalkan !! PERCAYALAH ....Hasilnya memang sangat menakjubkan !! 

AMALAN YANG DIBUAT IALAH.

1) Baca Subhanallah 33x
2) Baca Alhamdullillah 33x
3) Baca Allahuakbar 33x
4) Baca innahaza larizzkuna maalahu minnafaad 33x

Buat tiap-tiap kali lepas solat.

Maksud ayat: " Sesungguhnya inilah rezeki kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya"
Tambah dengan SOLAT DHUHA dan SOLAT DI SEPERTIGA MALAM 

ALLAHUAKBAR !! 

Buat setiap hari selama seminggu dan rasakan keajaibannya rezeki melimpah ruah untuk sekalian, sama ada untuk diri dan keluarga memasing.

Tak rugi kalau kita buat..
Yang ruginya kalau kita tak buat 

Amalkan ya !


Khamis, 10 September 2015

Tips Berniaga

Bisnes mengajar kita erti SABAR smile emoticon
Ramai yang nak untung cepat sampai lupa semua rezeki yang diperolehi adalah dari allah swt, Baru usaha tak sampai sebulan dah mula nak give up ??
Macamana allah swt nak bagi rezeki yang lebih banyak kalo ujian yang sedikit tue pun asyik duk mengeluh saja ?? Rezeki setiap orang tue tak sama ade yang cepat ade lambat sikit terima, hanya allah swt yang tau smile emoticon
Yang paling utama, jangan mudah putus asa, berusaha dengan penuh konsisten dan fokus smile emoticon
Dan yang paling utama !!!
Berdoalah smile emoticon Allah pasti akan makbulkan smile emoticon
Alhamdulillah, sedikit santapan motivasi PEMBAKAR SEMANGAT buat DIRI SENDIRI dan semua peniaga di luar sana smile emoticon
Selamat pagi, semoga kalian semua memperoleh rezeki yang mencurah2 harini smile emoticon

Jumaat, 19 Jun 2015

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..


"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"
Ustaz pun menjawab :
"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..
Ustaz menjelaskan :
"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.
Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.
Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.
Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.
Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"
Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.
PASTIKAN NAMA ANDA
SENTIASA DALAM SENARAI
M A S A
A N D A M A S I H A D A
J A G A L A H
M A S A L A P A N G A N D A
::SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN DAN DIKEKALKAN SERTA DIKAYAKAN DGN IMAN & TAQWA
AAMIIN YA ROBB

Jumaat, 12 Jun 2015

Jom BORONG SABUN PEWITT !!

 


Ade yg nak borong sabun pewitt ??
ATAU join dropship ?
whatsaap ke 01126093727 (Arda) smile emoticon

Selasa, 17 Mac 2015

I lOVE U MAMA DAN ABAH !!

Minggu nie bermula seminggu cuti sekolah, "time-time" nie memang masing-masing amik peluang bawak anak-anak balik kampung tercinta kan dan ade juga yang amik peluang bawak anak-anak dan kuarga jenjalan melawat malaysia tercinta nie...uolls pun same la juge kan bagi yang dah berkeluarga dan dah ade anak-anak terutamanya. 

Arda pun same, amik peluang bawak anak-anak jumpa Tokma dan Tokkinya juga !! seronok yang amat anak-anak dapat jumpa diorang sampai nangis-nangis takmo balik kihkihkih, ye la cuti-cuti juge tapi takleh la lelama, banyak lagi perkara yang ayah dan ibunye nie yg nak kena buat huhuhuhu

Hmmm rupenya Abah dan Mama sedang  sibuk membantu adik Arda yang baru dapat kije dan dapat umah sewa. Kasih seorang mama terhadap anaknya memang jelas ketara ! Anak dapat kerja, tolong carikan rumah sewa dan pengasuh juga untuk cucu tersayang. Adik beradik semua dikerah membantu bersihkan dan siapkan rumah sewa yang mana rosak diperbaiki yang mana yang kotor dibersihkan, yang paling beshh yang mana keperluan asas tak cukup, Tok ma dengan bermurah hati bawak dr rumahnya dan yang mana yang tak rasa tak lengkap tue, Tokma dan Tokki pegi beli, semata-mata nak lihat anak menantu dan cucu, hidup dengan selesa dirumah baru. Itulah kasih seorang ibu, walaupun anak dah pun berkahwin namun naluri kasih sayang tetap berpanjangan. 

Sebelum dapat rumah sewa, Abah dengan penuh semangat dan gembira, anak dapat kerja, sanggup berulang alik hantar pergi kerja, jauh perjalanan ke tempat kerja tue bukan halangan, yang penting anak dapat pergi kerja !! Pagi pergi hantar seawal 6.30 pagi supaya dapat sampai sebelum jam 8 pagi waktu masuk kerja dan petang plak seawal 4 petang sudah bertolak untuk amik anak pulang dari tempat kerja. Itulah pengorbanan kasih dan sayang seorang abah, walaupun raut wajah kurang tersenyum tapi anak-anak tetap jadi keutamaan =)

Kisah yang sama dulu, sewaktu adik yang sorang lagi dapat bertugas di Pekan Raub, juga sama seperti ini sibuknya Abah dan Mama membantu dan menyiapkan keperluan anaknya untuk menduduki rumah sewa yang pada mulanya kosong sehingga lengkap keperluan asasnya !

Walaupun, bukan Arda yang alami situasi nie, tapi Arda tetap bersyukur dikurniakan Abah dan Mama sebagus ini, sangat prihatin dengan anak-anak, teruja membantu sama anak-anak menyiapkan rumah, meskipun hanya rumah sewa.

Ingatlah adik-adikku semua !!

Kasih MAMA DAN ABAH

Sentiasa mekar berpanjangan 

Sentiasa tulus dan ikhlas

Sentiasa suci seputih salju 

Sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat




Rabu, 18 Februari 2015

Mood Bercuti Dah Mai Daaah !!

Makan nasi himpit dengan serunding ikan bilis...feeling raye gitue hihihi 
Mak mertua Arda yg sgt rajin orangnya, masak sendiri serunding ikan bilis, nasi himpit dan ketupat pulut bekalan nk blik kampong jenguk toknek takut hentian r&r ramai org hihihi menu sakan wehh macam nk sambut raye dah rasenya..untungkan dapat MIL camni kehkehkeh smile emoticon smile emoticon ‪#‎pellavina‬‪#‎sabunpewitt‬ ‪#‎blogger‬ ‪#‎ardaeshop‬ ‪#‎ummalacto‬ ‪#‎pellavibabeautysecrets‬‪#‎rahsiaibusihat‬ ‪#‎mood‬ ‪#‎cuti2malaysia‬ ‪#‎jomcuti‬ ‪#‎perlis‬ ‪#‎iluvumotherinlaw‬

                       *Sebelum bertolak, pekena dulu seround nasi himpit plus extra serunding ikan bilis

Jumaat, 13 Februari 2015

Al - Fatihah Perginye Seorang Ulama' Pada Malam Jumaat Yg Indah. . .


انالله وانا اليه راجعون...

Al-fatihah
Allahurabbi......rasa sedih..hiba.. Allah swt jemput hambanya yang terpilih di hari yang terpilih malam jumaat yang indah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hambamu yang soleh..Amin


Khamis, 5 Februari 2015

Inspirasi Kejayaan Setiap Hari


Kejayaan bermula dengan keyakinan pada diri sendiri. 


Sekiranya tiada keyakinan, buat-buat macam ada  - Irfan Khairi 


Alhamdulillah, sebenarnya potensi diri kita bukan kita nampak dalam sehari tapi ape yang kita lakukan setiap hari, sejauhmana bersungguhnya kita dalam berusaha menggapai ape yang diimpikan !!

Berfikiran positif setiap masa dan mengharap sepenuhnya kepada kekuasaan Allah swt adalah satu usaha yang memberikan impak yang besar dalam menyerlahkan potensi diri, buat dengan bersungguh-sungguh di samping jangan dilupa tuntutan kewajipan kepada Allah swt, pasti tiada yang mustahil. Insyaallah 

Alhamdulillah, Anugerah Rezeki Dari Allah swt ini semakin berkembang maju =) =)  

Alhamdulillah >>> "I am Trusted Online Seller

Alhamdulillah >>>   Saya jual ye, Terima kasih sudi shopping di sini =) 










Ahad, 1 Februari 2015

Betul ke ni ??

Hahahaha santai petang skali, hohohoho ye ke ni ??..hahaha rasa nak tergolek baca =) Jemput-jemput semua tergolek sama hihihihi




Selasa, 20 Januari 2015

Bila Kau Senyum Ku gembira !!

Selamat pagi semua, alhamdulillah anak sulung Arda dah boleh beradaptasi dengan dunia yang baru !!

Betul kata orang, amik masa nak sesuaikan diri dengan tempat yang baru, suasana yang baru dan kawan-kawan yang baru, tak kenal maka tak cinta, dah berkenalan terus terjatuh cinta ! hahaha tah ape-ape melalut
Sebenarnya Arda cuma nak kongsikan kegembiraan Arda dengan uolss je, seronoknya bila anak yang pada mulanya meraung-raung tak nak dihantar ke sekolah kini dah semangat nak ke sekolah dengan penuh gembira!!

Dalam bisnes juga, kalo kita tak berani nak cuba sesuatu yang baru kita takkan dapat tahu bagaimana nikmatnya hasilnya kan ?? Alhamdulillah, usaha plus tawakal, Insyaallah pasti ade hasilnya, nikmat Rezeki Dari Allah swt =)

                                     Senyuman kegembiraan dapat ke skolah dgn baju skolah yg baru smile emoticon

Rabu, 14 Januari 2015

Abam Tak Nak Pegi Sekolah !!

Bukan senang nak adaptasi dengan suasana baru, pagi ni merengek lagi tak nak pegi skolah , macam2 alasan dicipta sebab tak nak g skolah hihihi apepun ayah tetap antor juge hihihi
Marah sebab ibu tak antor ! Camane la ibu nak antor, kalo nk suruh ibu tggu kat skolah sampai waktu balik !! Aihhh abam nizar, semoga hari ni lebih bagus dr semalam
Pengalaman antor anak ke skolah, pengalaman biasa bg org lain tapi pengalaman baru buat diri ini, terasa cepatnye masa berlalu, anak pun dah mula skolah, semoga membesar menjadi anak yg soleh  

Pengalaman Pertama Bersekolah

Alhamdulillah, tahun baru permulaan baru dan pengalaman baru buat anak sulung Arda yang kini berusia 5 tahun, 12 Januari 2015 bermula alam persekolahan di Pasti Al huda, Pelbagai reaksi dan ragam dapa dilihat di sekolah nie, maklumlah kebanyakkan baru mula daftar hari tue, tak terkecuali abam nizar, anak sulungku juga merengek tak nak ke sekolah =)

Hari kedua pegi skolah, Terpaksa suruh ayah yang hantar sebab nak ibu tunggu kat sekolah hehehe ibu yg cuak, aisshh camana lerr tu kat skolah, harap abam nizar cepat adaptasi dengan skolah huhu
Dah semalaman dengar abam merengek tak nak g skolah, ikut ibu memang kesian tapi ibu kene berkeras sikit, hari ni biar ayah je antor p skolah, semalam dah tggu aishh takkan harini nk tggu lagi huhu
Baru tau ginilah perasaan pertama kali antor anak masuk skolah, agak mencabar juge  hihihi

Alhamdulillah, abam nizar pulang dr skolah tadi dengan senyuman, lega hati ibu, bahagia terasa  sambil mulut berceloteh itu dan ini cite pasal ape yg die buat kat skolah dan tunjukkan hasil kerja die harini, lukis buah epal dan siap warne dan masukkan straw dalam tali, si adiknye pun semangat same tgok kije abam die, semoga esok-esok lebih semangat nak pegi skolah.

                                      Hasil kerja pertama di skolah, melukis dan mewarna epal 

                                                       Muka teruja dengan hasil kerja 

                                                      Si adik pun takjub dengan kerja skolah abam 
                                                          

Jumaat, 2 Januari 2015

KISAH BENAR


Sorang makcik ligat berniaga di hujung minggu musim gaji, tiba-tiba disapa oleh anaknya, 

SITUASI 1 :
Anak : Ibu, dah pukul 1.30 ni, jom la solat dulu ibu. 
Ibu : Nanti kejap la, tgh peak hour, rugi la tinggal. Customer tgh ramai nih. Satgi ibu solat. 
Anak : ... ( diam ... ) 

SITUASI 2 : 
Anak : Ibu, dah pukul 1.30 ni, jom la solat dulu ibu. 
Ibu : Oh ye, terima kasih nak, ingatkan ibu. dah zohor ni. jom gi surau dulu ! 
Anak : ... ( diam sambil dipimpin ibunya ke surau ) 

Situasi 1 : Jualan RM50 dalam ratusan pelanggan yang datang melawat kedai pada waktu puncak tersebut. 

Situasi 2 : Jualan RM500 dari seorang pelanggan yang sedang mencari buah tangan untuk sanak saudara di kampung dan berminat dengan produk & servis si ibu setelah pulang dari solat. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya, rezeki itu milik Allah SWT. Walau beribu yang datang melihat .. belum tentu mereka membeli jika Allah SWT kata ia bukan rezeki kita. Kuatkan kebergantungan diri pada Allah SWT, bukan pada nasib dan logik akal. 

Wallahua'lam.

Rabu, 31 Disember 2014

"KATA KATA IMAM AL GHAZALI"


Carilah hatimu di tiga tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.
tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga,
maka berdoalah kepada ALLAH,
pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu
kau tidak mempunyai hati!

Selasa, 16 Disember 2014

Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:
- Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
- Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
- Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
- Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
- Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
- Di sukai orang
===========================
P/s: Jadikan amalan harian insya ALLAH 


Berbuat Baik Setiap Masa


Isnin, 24 November 2014

Untuk Para Suami


Jika seorang isteri menangis
dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis
dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat
menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat
dia menangis, pasti tenang hatinya
Seorang isteri tidak akan menangis
dengan mudah, kEcuali didepan orang
yang sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis
dengan mudah, hanya jika dia sangat
menyayangimu.

Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki
kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan
KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT
bagi orang yang dicintainya. .
Dia TERSENYUM bila melihat temannya
tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila
melihat KESENGSARAAN pd org2 yg
dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik
KESEDIHAN’nya.