Tip istimewa (teruskan membaca) --->
--------------------------
Mengantuk selepas makan adalah
masalah biasa yang dialami kebanyakan
orang selepas tempoh satu hingga
dua jam selepas makan tengahari.
Akan tetapi masih ramai yang tidak tahu,
masalah biasa ini sebenarnya merupakan
PETANDA PENTING badan kita
KEKURANGAN AIR.
Kekurangan air dalam
badan akan menyebabkan jumlah oksigen
untuk sampai ke otak berkurangan dan inilah
puncanya kita berasa mengantuk sehingga
sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.
FUNGSI AIR UNTUK BADAN.
--------------------------
... Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.
Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.
Kita digalakkan minum air 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan mencetus pelbagai implikasi. Antaranya:
✔ Badan cepat letih
✔ Dahaga
✔ Ketegangan otot
✔ Mulut kering
✔ Mengantuk
✔ Air kencing sedikit dan pekat
✔ Sakit kepala/migrain
✔ Kulit menjadi kurang kenyal
✔ Sembelit
✔ Masalah buah pinggang
Pastikan anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis.
Air yang bersih membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.
- Semoga bermanfat buat semua, silakan SHARE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan