SUSAH BUANG AIR BESAR/SEMBELIT
Sakit Perut / Susah Buang Air Besar juga dikaitkan dengan Sembelit. Sembelit begitu menyiksa bagi mereka yang pernah merasakannya. Semblit yang berlaku pada diri kita boleh membuatkan lubang pembuangan air beasr menjadi pedih dan boleh membuatkan 'lubang itu' berdarah. Sembelit disebabkan oleh feses (tinja) yang mengeras. Ini disebabkan anda terlalu lama tidak melakukan pembuangan air besar. Kekurangan cairan juga salah satu penyebab anda mengalami sembelit. Sebolehnya kita haruslah membuang air besar setiap hari dan seeloknya di waktu pagi. Kalau boleh, jangan membiarkan diri anda tidak membuaang air besar lebih dari 3 hari kerana feses akan mengeras.
Jika organ dalam badan kita bermasalah dan lama tidak membuang air besar, ini akan membuatkan kita menjadi sembelit. Sembelit juga membuat perut nampak buncit dan rasa angin akan terkumpul dalam badan lalu menjadi diri anda tidak selesa. Sembelit untuk jangka masa yang agak lama, boleh mengakibatkan konstipasi. Penyebab seseorang sulit membuang air besar bermacam-macam jenis. Anda janganlah khuatir kerana ada beberapa cara sederhana yang dapat dilakukan untuk mencegah atau mengurangkan sembelit. Anda juga harus tahu mengapa terjadinya sembelit.
Antara Perkara Yang Membuatkan Anda Sembelit Adalah :
1) Kurangnya minum air suam dan tidak suka makan makanan yang berserat seperti sayuran
2) Makan makanan yang terlalu masam dan terlalu pedas
3) Pergerakkan otot usus abnormal mungkin disebabkan oleh ubat, panas dalam badan dll
4) Kadang-kadang kehamilan juga menjadi penyebab tapi tidak semua orang yang kena
5) Suka menunda buang air besar mungkin kerana anda sibuk membuat kerja rumah atau pejabat
6) Usus kurang elastis atau tidak kuat untuk mengecut dan mengembangkan otot
7) Kurangnya aktiviti senaman, kurang bergerak, terlama duduk membuatkan usus besar kurang bekerja sehingga feses sulit turun
8) Gangguan pada sistem pencernaan
9) makanan/minum minuman yang pekat atau kelat seperti coklat dan teh
Sembelit boleh dirawat dengan cara :
1) Banyakkan minum air suam sekurang
2) Jaga pemakanan - amalkan makanan berasaskan fiber sperti roti yang tinggi serat, banyakkan makan sayur dan kurangkan makan yang pedas2
3) Rajinlah makan buah-buahan seperti betik, pisang dan prune
4) Jumpa doktor perunding dengan segera untuk megelakkan ia menjadi lebih teruk
5) Jangan suka meneran ketika 'membuang' guna cecair parafin (pelembut najis)
6) Lakukan senaman yang kerap kerana bersenam mampu meningkatkan kadar metabolisma, juga boleh mengurangkan stress
7) Amalkan petua-petua seperti minum minyak kelapa dara, makan buah delima, minyak belut, terung susu kambing dll
8) Buang air besar setiap hari dan jangan ditangguh walaupun anda sibuk
9) Cuci usus untuk membantu usus lebih efesien menyerap nutrien
10)Biasakan dan amalkan cara hidup organik
Dengan ini jika anda mengamalkan cara hidup sihat, anda akan terhindar dari sebarang penyakit termasuk sembelit. Amalkan tabiat makan dan minum dengan betul serta sesuai untuk usus anda. Segaralah berjumpa doktor kerana rawatan yang lebih cepat dan tepat dapat dirawat. Jangan biarkan sembelit anda berpanjangan. Jika tidak penyakit lain pula yang datang!
p/s : nak lancarkan usus ? nak atasi sembelit ? jom guna pellavina detox , memang TERBAIK
boleh sms/whatsapp saya 01126093727
Tiada ulasan:
Catat Ulasan