Khamis, 14 Ogos 2014

Hebatnya Solat TAHAJJUD

Assalamualaikum

Baru-baru ini di hari raya Aidilfitri, sambil-sambil beraya bersama sanak saudara dan dok sembang santai bersama keluarga, terkeluar cerita pasal bangun tahajud di waktu malam. Makcik saya bercerita, sekarang die rasa makin sihat dan kuat sikit selapas rajin bangun bersolat tahajud. Sambil sembang-sembang die tanya saya, rajin bangun tak solat malam ?

Sambil tersenyum sipu-sipu dan rasa malu, saya jawab dengan jujurnya,  sangat-sangat jarang saya laksanakan solat sunat di waktu malam apatah lagi setelah tidur di waktu malam untuk bangun semula jam 3-4 am pagi memang susah nak jaga huhuhuhu malunya terasa nak jawab soalan tue tapi saya perlu tebalkan juga muka menjawab huhuhuhu

Kenapa saya malu ?? ye la malu sebabnya walaupun makcik saya dah berusia dan memang dah tak kuat tapi masih mampu untuk bangun malam menunaikan solat malam, berbanding saya yang jauh lebih muda dari makcik saya tue (walaupun dah masuk 30-an kira muda la lagi berbanding makcik saya yang dah masuk usia 60-an) huhuhuhu  kuatnya semangat makcik saya tue membuatkan saya terasa sangat-sangat cemburu dengan cintanya yang kuat terhadap Allah swt betapa iman saya tak cukup kuat huhuhuhu

Sekarang saya cuba juga berusaha untuk bangun solat malam. Makcik saya pesan kalo betul nak jadikan tabiat atau lekat bangun setiap malam, untuk kali pertama lakukan  selama 7 malam secara berterusan setiap malam supaya boleh jadikan amalan yang tetap. Saya cuba juga buat ape yang makcik saya pesan tue, mula-mula dengar alaaa 7 malam secara terus mudah je ! tapi rupe-rupenya  cakap aje memang mudah tapi untuk nak laksanakan memang tak semudah yang disangka, saya dah cuba buat sendiri, tapi setakat nie masih tak mampu nak cukupkan 7 malam iaitu setiap malam secara terus sehingga cukup 7 malam.  kalo buat malam pertama, malam kedua kadang2 jadik malas sangat nak bangun, malas lah, penatlah, kadang2 dah buat sampai 4 malam tapi malam ke-5 tidur plak dan tak terjaga sampai la pagi huhuhu susahnya nak istiqamah nie rupanya huhuhu

Ada ape dengan solat malam/ solat tahajjud  ni ??

Subhanallah  banyaknya manfaat kalo kita rajin amalkan solat tahajud nie rupanya !!

.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Haa dah  baca dan dah tahu khasiatnya yang sangat-sangat bagus nie, jom kita sama-sama cuba lakukan, walaupun saya sendiri juga masih terkial-kial nak beristiqamah untuk bangun malam tapi rasanya tak salah kalo kita sama-sama share ilmu nie bersama kan =) =) =) 

sharing is caring !! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan