Sebenarnya, banyak perkataan dan perbuatan yang tanpa kita sedari telah menyebabkan kita menjadi anak derhaka. Jadikanlah cerita ini sebagai pedoman untuk kita muhasabah diri. Kisah tentang seorang lelaki yang bernama Alqamah. beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. beliau juga seorang yang kuat beramal tetapi disaat kematiaanya, dia begitu susah untuk menghembuskan nafasnya dan sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.
Keadaan Alqamah waktu itu sangat menyedihkan, dengan wajah yang pucat, mulut terkatup rapat serta tangan dan kakinya kaku tidak dapat bergerak. itulah yang merisaukan hati para sahabatnya. tapi Rasulullah tahu itu semua bukan kerana beliau kekurangan amal ibadah tetapi kerana menderhaka kepada ibunya.
Lalu Rasulullah memanggil ibunya dan bersabda, "Wahai ibu Alqamah, ampunkanlah dosa anakmu"
namun ibunya enggan, kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya. menurut ibunya, sebelum berkahwin, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.
Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya. Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Subhanallah...tak terbayang betapa besarnya kasih sayang ibu. Kerna itu, sayangilah ibu kita dan hargailah mereka, apa lagi kalau mereka masih ada...jagalah mereka semampu kita, bukan harta yang mereka mahukan tapi perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan