Alkisahnya...
Apabila menjejakkan kaki di bumi Gaza, seorang sukarelawan ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa dlm perjalanan ke kem di Jabaliya.
Soalan pertama dia tanya,
"Anta hisap rokok?"
Saya jawab,
"Hisap, tetapi di Malaysia. Di Gaza belum lagi."
Dia terdiam dlm masa 3 hingga 4 minit. Saya menunggu soalan yg seterusnya. Kenapa susah sangat dia hendak bertanyakan soalan yg kedua.
Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yg seterusnya. Kemudian dia menarik nafas, baru dia bertanya semula,
"Anta sayang kpd Rasulullah?"
Saya dgn pantas menjawab,
"Mana mungkin tidak sayang, mestilah sayang."
Kemudian dia memberi penerangan,
"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kpd perkara-perkara yg merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kpd benda-benda yg berapi dan yg mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kpd bau-bauan yg busuk."
Katanya lagi,
"Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yg Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tidak dgn kita?"
Saya terus terdiam. Air mata saya mengalir. Terasa sebak dan pilu di dlm hati.
Selepas hari itu sehingga kini, saya sudah tidak merokok lagi. Sehinggakan orang suruh saya menghulurkan kotak rokok pun saya tidak mahu
info untuk dikongsi bersama =) =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan