Memaparkan catatan dengan label CATATAN HARIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN HARIAN. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2016

HAKIKAT KEHIDUPAN

🌹🌹  🌹🌹
Dia cantik, tapi tidak kekal.
*Itulah dunia.*

Dia berat, tapi ringan untuk meninggalkannya.
*Itulah solat.*

Dia datang, tapi tidak akan berulang.
*Itulah waktu.*

Dia dekat, tapi kita tidak boleh lari darinya.
*Itulah kematian.*

Dia tidak kelihatan, tapi kekal.
*Itulah Akhirat.*

Rabu, 6 April 2016

Syukurilah Nikmat sentiasa


Syukuri yang SEDIKIT  Allah akan memberi yang BANYAK

Buat dulu yang termampu Allah akan bantu untuk membuat yang Tidak TERMAMPU

Amalkan dulu ilmu yang ada, nanti Allah akan memberi  ILMU YANG BELUM KITA ADA !! 


          

Jumaat, 18 Mac 2016

Berdoalah Setiap Hari




Ya allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang kau redhai dan Jadikan produk keluaran pellavina (pewiit skincare, sakura dan pewiit scar serum) membantu ramai orang lain agar dapat kulit yang sihat dan bersih dari cela !!
Aamiin smile emoticon

Ahad, 29 November 2015

Hebatnya Mendahulukan Keinginan Ibu Dan Ayah !!

Nak kongsi satu cerita yang sangat membuatkan saya terinsaf seketika !!!

Semalam hari yang sibuk..entertain ibu dan ayah mertua 
smile emoticon
Tapi dalam duk sibuk sale mencanak2 juga  smile emoticon
alhamdulillah...salah satu punca murah rezeki !!
Bahagiakan hati ibu dan ayah smile emoticon
alhamdulillah ‪#‎syukurselalu‬


Selasa, 20 Oktober 2015

Wah Sambutan TAK TERJANGKA PEWIIT SKINCARE !!!



Alhamdulillah ‪#‎syukurselalu‬ smile emoticon
Nanti share perubahan ye smile emoticon
Alhamdulillah kini kesemua set skincare #pewiitsoap TERLAJAK LARIS !!! smile emoticon smile emoticon
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
semoga terus menjadi sebutan ramai smile emoticon
selamat malam smile emoticon

Khamis, 1 Oktober 2015

Oktober Kini Bermula !!

Selamat datang oktober smile emoticon

Semoga semuanya baik2 sahaja smile emoticon 

Bermula hari yang baru, bulan yang baru, target yang baru smile emoticon 

Insyaallah, berusaha dan bertawakal selalu heart emoticon

shuhadabadya.blogspot.com



Khamis, 17 September 2015

Hidup Adalah Belajar !!

Assalamualaikum dan selamat pagi heart emoticon heart emoticon
Setiap Hari adalah permulaan yang baru smile emoticon
Mulakan hari dengan penuh semangat untuk belajar sesuatu yang baru !!
Belajar melalui pengalaman adalah terbaik !!
Walau kita jatuh berkali2 jangan mudah putus asa! Teruskan bangkit berusaha smile emoticon
Manisnya kejayaan dengan pengalaman yang mencabar smile emoticon
Insyaallah 


Selasa, 15 September 2015

Nak Murah Rezeki ??

Ayat rezeki melimpah tak pernah habis-habis. Berdasarkan pengalaman Arda sendiri juga nie, alhamdulillah sejak amalkan amalan nie, memang terlalu banyak benda yang tak disangka-sangka berlaku, allahuakbar !! Tak terluah dek kata-kata tapi memang sangat-sangat syorkan uols semua amalkan !! PERCAYALAH ....Hasilnya memang sangat menakjubkan !! 

AMALAN YANG DIBUAT IALAH.

1) Baca Subhanallah 33x
2) Baca Alhamdullillah 33x
3) Baca Allahuakbar 33x
4) Baca innahaza larizzkuna maalahu minnafaad 33x

Buat tiap-tiap kali lepas solat.

Maksud ayat: " Sesungguhnya inilah rezeki kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya"
Tambah dengan SOLAT DHUHA dan SOLAT DI SEPERTIGA MALAM 

ALLAHUAKBAR !! 

Buat setiap hari selama seminggu dan rasakan keajaibannya rezeki melimpah ruah untuk sekalian, sama ada untuk diri dan keluarga memasing.

Tak rugi kalau kita buat..
Yang ruginya kalau kita tak buat 

Amalkan ya !


Doa di Dalam SUJUD TERAKHIR


Lapangkan masa dalam menunaikan solat, janganlah tergesa-gesa mahu menghabiskannya, luangkan masa sejenak semasa sujud akhir bacalah doa nie, mudah-mudahan kita menjadi hamba allah swt yang sentiasa bertakwa dan bersyukur dengan nikmat kurniaannya...Insyaallah 

Khamis, 10 September 2015

Tips Berniaga

Bisnes mengajar kita erti SABAR smile emoticon
Ramai yang nak untung cepat sampai lupa semua rezeki yang diperolehi adalah dari allah swt, Baru usaha tak sampai sebulan dah mula nak give up ??
Macamana allah swt nak bagi rezeki yang lebih banyak kalo ujian yang sedikit tue pun asyik duk mengeluh saja ?? Rezeki setiap orang tue tak sama ade yang cepat ade lambat sikit terima, hanya allah swt yang tau smile emoticon
Yang paling utama, jangan mudah putus asa, berusaha dengan penuh konsisten dan fokus smile emoticon
Dan yang paling utama !!!
Berdoalah smile emoticon Allah pasti akan makbulkan smile emoticon
Alhamdulillah, sedikit santapan motivasi PEMBAKAR SEMANGAT buat DIRI SENDIRI dan semua peniaga di luar sana smile emoticon
Selamat pagi, semoga kalian semua memperoleh rezeki yang mencurah2 harini smile emoticon

Rabu, 9 September 2015

Sebarkan Kasih Sayang

Senyum smile emoticon
Senyum pada orang lain mencuit hati untuk sama-sama tersenyum
Senyum pada orang membuatkan hati rasa gembira dan terjalin kasih mesra
Senyumlah jangan sombong kerana senyum juga adalah sedekah smile emoticon
salam ukhwahfillah

Khamis, 3 September 2015

Mulakan Setiap Hari dengan SOLAT DHUHA

Assalamualaikum...mulakan hari ini dengan penuh semangat smile emoticon
Sebelum mulakan kerja, jom sama2 dulu "dating" dengan kekasih yang satu smile emoticon
Jom dhuha dulu smile emoticon
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Banyak sekali khasiatnya dan kesannya dalam kehidupan kita seharian, kalo tak percaya tak ape mulakan dulu walaupun terpaksa, amalkan dengan konsisten lama2 pasti akan rindu jika tak tunaikan solat dhuha. Berdasarkan pengalaman sendiri, SUBHANAALLAH sangat banyak NIKMAT REZEKI yang melimpah ruah smile emoticon


Rabu, 26 Ogos 2015

Sedekahkan Senyuman Setiap Hari

Bismillahirrahmanirrahim smile emoticon
Mulakan pagi ini dengan senyuman seindah suria 
Subhanallah
Allhamdulillah
Allahuakbar
"Ya allah jauhkan kami semua dari kesempitan hidup di dunia dan akhirat "
amin smile emoticon
Jom sama2 aminkan doa ini smile emoticon

Isnin, 24 Ogos 2015

Ayat Mudah Menarik REZEKI

Yaa Wahhaab (yang maha pemberi)
Yaa Razzaaq (yang maha pemberi rezeki)
Yaa Fattaah ( yang maha membukakan )
Ya Allah swt Bukakanlah pintu rezeki untuk kami seluas2nya setiap hari dan permudahkan segala urusan kami setiap hari
Insyaallah, jomlah kita amalkan sama zikir yang pendek ni smile emoticon
semoga kita semua memperoleh rezeki yang halal lagi berkat =) 

Jumaat, 21 Ogos 2015

Ya Allah...Ya Haqq...Ya Haqq..Ya Haq...


Ya Allah Yang Maha Membenarkan, kami yakin padaMu Ya Allah hanya Kau Maha Luar Biasa yang boleh memberi kepada kami di luar jangkaan kami Ya Allah..
Ya Allah Yang Maha Benar, kami mohon Ya Allah berikanlah berita gembira kepada saudaraku ini Ya Allah..yang tidak pernah disangkanya Ya Allah..Yang di luar kuasa dan dugaannya Ya Allah. Berita yang sangat hebat untuk kehidupannya, untuk bisnes atau kerjayanya, untuk jualannya, untuk keluarganya dan untuk apa saja Ya Allah...Hanya Kau Yang Mengetahuinya Ya Allah...kami sedia menerima berita gembira tersebut, kami sedia menyambut rezeki yang tidak disangka itu Ya Allah..kami sangat mengharap keajaibanMu Ya Allah...
Kerana Hanya Kau Maha Ajaib, Maha Besar, Maha Agung yang tidak dapat kami fikirkan ketentuanMu Ya Allah...

Rabu, 12 Ogos 2015

Bertahajudlah !!


"Tahajud", mukjizat penyembuh penyakit?

Mahukah anda mengerjakan solat di samping itu dapat menguatkan kesihatan tubuh badan?

Sekiranya mahu, maka tunaikanlah solat tahajud.

Kajian membuktikan, solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh.

Sabtu, 27 Jun 2015

Hanya allah swt tempat bergantung !!

Alhamdulillah, segala perancangan dipermudahkan smile emoticon
Tiada yang benar melainkan benar yang aturan allah swt itu sangat cantik, tepat pada masanya smile emoticon
Hanya allah swt tempat bergantung !! Berdoalah dan berharaplah hanya allah swt yang berhak tentukan bilakah masanya dimakbulkan smile emoticon
alhamdulillah, syukur itu hanya kepada Allah swt smile emoticon


Rabu, 24 Jun 2015

YAKIN yang Allah akan tolong kita !

Bukan kita yakin dengan diri kita. Tapi yakin yang Allah akan tolong kita. Yakin yang pertolonganNya akan datang. Yang kesusahan, masalah, tekanan yang kita hadapi akan diganti dengan kejayaan dariNya. Bila dan bagaimana? Biarkan Allah yang tentukan. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Penyelesaian yang terbaik.
Kerja kita usaha yang terbaik, jemput pertolongannya, baiki diri kita dan always yakin dengan Allah. Bersangka baik denganNya. Yang pintu rahmatNya, pertolongannya sentiasa terbuka luas untuk kita.
Sebenarnya Tuhan dah lama ajar tips ini dalam Surah Annas. Tuhan tahu yang kerja syaitan memang mendatangkan perasaan was-was dalam hati kita. Syaitan nak sampai kita putus asa dengan rahmat Allah. Sebab tu Allah bekalkan kita dengan surah annas. Inilah sebenarnya tips dari Tuhan.
Jadi kalau perasaan tu datang, kita baca surah Annas..


"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


Baca dengan syarat utama: yakin dengan Allah.
Ubah cara cakap kita. Buang ayat-ayat yang tidak yakin tu jauh-jauh. Ganti dengan ayat-ayat positif, yang menunjukkan kita yakin denganNya. Dengan pertolonganNya. Dengan rahmat dan kasih-sayangNya.
Saya yakin, perubahan yang drastik juga boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Dipetik dari tulisan  Dr Siti Ujila Official

Isnin, 22 Jun 2015

RENUNGAN HARI NI

Kisah Botol... 🍶🍶


1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰


2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰


3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.💸💸

gambar ihsan google 

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...
Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Semoga Bermanfaat, Insyallah

Jumaat, 19 Jun 2015

Terkesima, Terpesona, Terasa betapa kurang nye diri ini dgn sifat pemurah!!


Begitulah perasaan ini, saat ini tongue emoticon
Harini ade yg terlebih bayar, biasanya minta dipulangkan
RM10 bukanlah jumlah yg sangat besar tapi juga bukanlah jumlah yg sikit bg sesetengah org.
Customer sy minta supaya diubahkan nilai RM10 tu kpd nilai pahala di sisi Allah.
Insyaallah, sy akan panjangkan dan usahakan niat suci beliau itu.
Ya Allah, lipat gandakan pahala bagi customer ku yg pemurah ini. Amin Ya Allah.
Terharunya rasa, dapat bertemu dengan orang-orang yang pemurah =)