Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2016

Formula Menjemput REZEKI


1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..
2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..
3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..
4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..
5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..
6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..
7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..
8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..
10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH..
Wallaahua'lam..




Jumaat, 4 Disember 2015

PETUA AMALAN REZEKI MELIMPAH TAK PERNAH HABIS


In Shaa Allah..
PRAKTIKKAN :
* 1) Baca Subhanallah 33 kali
* 2) Baca Alhamdulillah 33 kali
* 3) Baca Allahuakbar 33 kali
* 4) Baca " innahaza larizzkuna maalahu minnfaad" 33 kali


Amalkan dengan konsisten & rasai keajaiban rezekiNya yg melimpah ruah utk semua, sama ada utk diri & keluarga..smile emoticon

Jumaat, 21 Ogos 2015

DAHSYATNYA SURAH AL-KAUTSAR

.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi,yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.
.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :
.
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T mengkabulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya Allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang
sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu...
5. Jika membacanya 1.000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
.
SubbahanAllah...



Sabtu, 27 Jun 2015

Bagaimana Nak KAYA DAN REZEKI YANG CUKUP ?

Isilah titik-titik di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing ...
1. Allah menciptakan tertawa dan .....
2. Allah itu mematikan dan .....
3. Allah menciptakan lelaki-lelaki dan .....
4. Allah memberikan kekayaan dan .....
Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis ...
2. Menghidupkan ...
3. Perempuan ...
Tapi bagaimana dengan no.4 ...? Apakah Kemiskinan ...?
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam surat An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai berikut:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).
Ternyata jawapan kita benar hanya pada no. 1-3 ... sedang jawapan untuk no. 4 keliru.
Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.
Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya.
Dan ternyata yang "menciptakan" Kemiskinan adalah diri kita sendiri.
Hal ini boleh karena ketidakadilan ekonomi, kemalasan, boleh juga
karena kemiskinan itu kita bentuk di dalam minda pikir kita sendiri.
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.
Jadi, marilah kita bangun rasa keberlimpahan dan kecukupan didalam hati dan pikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, berhenti menuduh sana sini, berhenti mengikut perasaan dan emosi keterlaluan, berhenti menegakkan ego kita, berhenti mengadu dumba sesama sendiri agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu Bersyukur.
Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkah...


Jumaat, 12 Jun 2015

Jom BORONG SABUN PEWITT !!

 


Ade yg nak borong sabun pewitt ??
ATAU join dropship ?
whatsaap ke 01126093727 (Arda) smile emoticon

Rabu, 20 Mei 2015

Hebatnya Amalan ISTIGHFAR

Kisah Imam Hanbali Dengan Pembuat Roti

 Imam Ahmad bin Hanbal sedang dalam perjalanan untuk menuntut ilmu . Akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila tok siak masjid berkenaan menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukan tempat untuk tidur!” katanya .

Tok siak masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad, dan beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika tok siak itu mengenalinya, pasti dia tidak akan menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Imam Ahmad bin Hanbal memujuk tok siak masjid tersebut agar dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun tok siak masjid tadi menghalangnya.

Akhirnya dia menghalau Imam Ahmad yang sudah berusia itu keluar dari kawasan masjid.

Pada masa yang sama, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa itu merasa sungguh simpati. Lantas dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki itu, adalah seorang pengusaha kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya si pembuat roti pun meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur sebaliknya memerhatikan gerakgeri pembuat roti tersebut. Setiap gerak tangannya mengguli roti, diiringi dengan istighfar yang tidak henti-henti.

Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“Sejak bila engkau beristiqhfar seperti ini? Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristiqhfar?” tanya Imam Ahmad

Lalu dia menjawab : “Ya! Setiap hajat dan permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan , wahai tuan.”

“Apakah itu?” Tanya Imam Ahmad

“Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi belum dimakbulkan lagi!” tegas pembuat roti itu dengan wajah yang sedih


Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata: “Wahai saudara! Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu!”

Begitulah bukti kelebihan istiqhfar sehingga Allah rakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12.

Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristiqhfar kerana ganjarannya banyak, antaranya :

Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah sehingga menghasilkan dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.
Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka pupus.
Allah akan mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Lihatlah walaupun si pembuat roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya berkat istiqhfar yang diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupannya Allah telah memenuhi hajatnya.

Perbanyakkanlah ISTIGHFAR agar segala dosa-dosa kita diampuni Allah kerana kita adalah hamba yang banyak melakukan dosa. Dan percayalah jika kita ikhlas dengan istighfar memohon ampun tersebut, Allah akan menganugeri kita dengan kebaikkan yang tidak kita sangkakan

Khamis, 5 Februari 2015

Inspirasi Kejayaan Setiap Hari


Kejayaan bermula dengan keyakinan pada diri sendiri. 


Sekiranya tiada keyakinan, buat-buat macam ada  - Irfan Khairi 


Alhamdulillah, sebenarnya potensi diri kita bukan kita nampak dalam sehari tapi ape yang kita lakukan setiap hari, sejauhmana bersungguhnya kita dalam berusaha menggapai ape yang diimpikan !!

Berfikiran positif setiap masa dan mengharap sepenuhnya kepada kekuasaan Allah swt adalah satu usaha yang memberikan impak yang besar dalam menyerlahkan potensi diri, buat dengan bersungguh-sungguh di samping jangan dilupa tuntutan kewajipan kepada Allah swt, pasti tiada yang mustahil. Insyaallah 

Alhamdulillah, Anugerah Rezeki Dari Allah swt ini semakin berkembang maju =) =)  

Alhamdulillah >>> "I am Trusted Online Seller

Alhamdulillah >>>   Saya jual ye, Terima kasih sudi shopping di sini =) 










Khamis, 29 Januari 2015

Motivasi Pagi

Jika kita jaga hak dan hubungan kita dengan Allah swt, maka Allah swt akan jaga kehidupan kita. Bila kita sentiasa berada di dlm rahmat & peliharaan Allah swt, maka apa jua yg kita lakukan akan terarah kpd kebaikan INSYAALLAH smile emoticon

Jumaat, 23 Januari 2015

Bacalah Kisah Nie ! Kalo Tak Menitis Air Mata Tu, Memang Hati Kering !!

" DAH TERTULIS REZEKI AWAK"
Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.
Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap ..
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
"Dah tertulis rezeki awak,"
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.
FB : Pnut Syafinaz
#COPYPASTE

P/S: Tujuan sebenar hanya nak sharing, #copypaste nie sambil mata  Arda berjujuran air mata huhuhu

Selasa, 20 Januari 2015

Isteri Tak Bekerja?


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? 

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Apatah lagi suri yang bekerja dari rumah !

Jumaat, 16 Januari 2015

ANDA BERGELAR ISTERI ??? baca ni ..

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan merekapun bertukar BB PIN
Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki :
Gadis : Awak hebat ya. Punya syarikat sendiri, berjaya pulak
Lelaki : Terima kasih
Esoknya si gadis call sekadar say hello
Gadis : Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki : Bila-bila je boleh
Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan
telepon, sesekali juga temujanji ingin mkn bersama
Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis BBM :
"Sebenarnya aku mencintaimu , aku tau kamu sudah b'keluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu.
Dengan berat hati lelaki itu berkata beluau menjawab :
"Dik, aku mengerti dan paham maksudmu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.
Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak,bergaya dan berjaya ? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.
Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan
seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.
Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku
semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.
Kalau kamu menyukai aku, erti nya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.
Taukah kamu bahwa aku memulai ini dari 0 dan isteriku
yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.
Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.
Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu. .

 Persoalannya uols rase ade ke lelaki macam ni ?? 


Jumaat, 2 Januari 2015

SALAM PENUH KEAZAMAN 2015 !!!

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil. Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi. Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan. 

Pemuda: "Puan, bolehkah saya mendapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi. 

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya cuma mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun 2014 untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun 2015 !.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".



Selasa, 16 Disember 2014

Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:
- Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
- Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
- Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
- Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
- Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
- Di sukai orang
===========================
P/s: Jadikan amalan harian insya ALLAH 


Selasa, 9 Disember 2014

Kisah Yang Wajib Baca !!!

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!

****

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Isnin, 8 Disember 2014

ABANG SAYANG SAYA ?

Walaupun sudah menjadi isteri, wanita akan bertanya soalan yang sama dengan suaminya..

"Abang sayang saya?"

Janganlah penat menjawabnya.. 

SUAMI : "Abang sayangkan awak dari mula abang kenal, kerana itu abang cuba tahankan diri untuk tidak menggangu hati awak sebelum abang cukup keperluan menjaga awk. Abang yakin dengan jodoh, kerana itu abang usahakan untuk mendapatkan awk dengan jalan yang paling baik dan melamar awk dengan cara yang tak akan awk lupa. Ingat lagi mcm mana abang lamar?"

ISTERI : Mestilah, orang nangis tau masa tu abang cakap nak jadi imam pada solat saya, jadi penjaga seperti abah jaga saya dan pelindung dunia akhirat, poyo je ayat tapi itulah yg saya suka abang.heee.. Abang sabar dengan karenah saya, penyayang dan walaupun nampak tegas tapi manja!heee.. Terima kasih abang, jadi suami yang terbaik.

MORAL : Berkatalah dengan baik kepada wanita kita sayang. Lagi satu, ramai wanita berharap suaminya adalah seperti abahnya yang penyayang dan ada sifat2 yang dirinya senang. Jadi, masa jumpa abahnya, fahami sikap, sifat dan gaya abahnya sebab kita nak ambil anaknya untuk dijaga sepertinya dan lebih baik insyaALLAH. 
(◕‿◕)

Isnin, 24 November 2014

JoM Selami MeSej TeRsEmBuNyI Di SiNi !!!!

Suatu hari seorang suami pulang kerja dan mendapati tiga orang anaknya sedang berada di depan rumah. Semuanya bermain lumpur, dan masih memakai pakaian tidur. Bererti semenjak bangun tidur, mereka belum lagi mandi dan belum menukar pakaian

Si suami melangkah menuju ke dalam rumah . Dia mendapati kotak-kotak bekas bungkusan makanan bersepah di mana-mana. Pintu depan rumah dalam keadaan terbuka.

Setelah dia melewati pintu dan memasuki rumah, masyaAllah, rumah seperti tongkang pecah. Ada lampu yang pecah, ada sejadah yang tertempel dengan gula-gula getah di dinding. Televisyen dalam keadaan terpasang dan dengan pembesar suara pada tahap maksimum. Mainan kanak-kanak bertebaran di mana-mana. Pakaian kotor bertaburan ke seluruh penjuru ruangan.

Dapur? Ooooh di dalam sink penuh dengan piring kotor. Sisa makanan pagi masih ada di atas meja makan. Pintu dapur terbuka lebar.

Si suami naik ke tingkat atas. Dia melangkah mainan kanak – kanak yang berserakan itu. Dia memijak pula pakaian yang berserakan tersebut. Si suami cuba mencari isterinya, siapa tahu ada masalah serius dengannya.

Pertama sekali dia dikejutkan oleh air yang melimpah dari bilik air, semua tuala berada di atas lantai dan basah kuyup. Sabun telah berubah menjadi buih. Cermin penuh dengan contengan lipstik. Si suami bergegas ke bilik tidur, dia dapati isterinya sedang baring – baring sambil membaca komik!

Melihat aksi panik si suami, si isteri memandang kepadanya dengan tersenyum. Dengan penuh kehairanan si suami bertanya, “Apa yang terjadi hari ini wahai sayangku?!”.

Sekali lagi si isteri tersenyum seraya berkata,“Bukankah setiap kali pulang kerja abang bertanya dengan penuh tidak puas hati, ‘Awak buat apa kat rumah hari ini wahai isteriku?’, bukankah begitu wahai suamiku tersayang?!”

“Betul” jawab si suami.

“Baik” kata si isteri, “Hari ini, saya tidak melakukan apa yang biasanya saya lakukan, semoga dengan itu abang tahu apa yang selama ini saya buat di rumah”.

Mesej yang ingin disampaikan adalah:

1. Penting sekali untuk semua orang memahami, bahawa orang lain bermati-matian dalam menyelesaikan tugasnya, dan betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain itu agar kehidupan ini tetap berjalan lancar....

2. Dan agar kita tidak menganggap bahawa kitalah satu-satunya orang yang berkorban, menanggung derita, menghadapi kesulitan dan masalah serta menyelesaikannya.....

3. Dan jangan anggap bahawa orang-orang yang ada di sekelilingnya, yang nampak santai, dan diam, jangan dikira bahawa mereka tidak mempunyai sumbangan apa-apa....

4. Oleh kerana itu, hargailah jerih payah dan sumbangan orang lain dan jangan melihat dari sudut pandang yang sempit......

Selasa, 4 November 2014

Rahsia Suami Isteri Bahagia....


"Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.."

walaupun bergaduh..jangan la sorang tidur luar...sorang lagi tidur dalam yea =)




Isnin, 3 November 2014

Pesanan Ustaz Azhar Idrus


kaya macam mana sekalipun kita.. jangan lupa Allah S.W.T yang memberi rezeki..

Rabu, 29 Oktober 2014

KISAH SI PERAK & SARAWAK


Sarawak: Awak ni orang Perak kan?
Perak: Ye, kenape?
Sarawak: Bahasa korang berbeza sikit kan?
Perak: Ada le sikit
Sarawak: Kalau terbakar, korang panggil apa?
Perak: Terbako, terbako
Sarawak: Hmm..memang lain, kita orang panggil lain.
Perak: Korang panggil ape?
Sarawak: Kita orang panggil Bomba.
Perak: Cis @$&£#!!