Ahad, 10 Ogos 2014

MENGAPA DILARANG TIDUR SELEPAS ASAR ???

Elakkan tidur dari 3 waktu ini.....


1. Selepas Subuh – hilang keberkatan dan mewarisi kepapaan.


2. Selepas Asar – hilang kewarasan.


3. Selepas Maghrib – hilang peluang mendapat kebaikan² yang disediakan di waktu ini. 



Dan juga 2 waktu tidur yg dilarang.....

1. Tidur setelah Solat Subuh. 
Dari Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda : Ya Allah, berkatilah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih). Ibnul-Qayyim telah berkata tidur antara Solat Subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Pagi merupakan waktu turunnya rezeki, adanya keberkatan,

2. Tidur Sebelum Solat Isya’. 
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahawasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum Solat Isya’ dan berbual setelahnya” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Alasan larangan tersebut adalah untuk mengelakkan terlewatnya waktu solat.” Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebahagian ulama membolehkan tidur sebelum Solat Isya’ khusus di bulan Ramadhan sahaja.” 

Ustaz Kazim ada mengatakan wanita yang suka tidur selepas Asar boleh menerima kesan lebam pada tubuh, yang sangkaan Doktor masa kini ia hanyalah tanda-tanda kencing manis, tapi tidak sebenarnya, permasalahan ini oleh kerana kita suka tidur waktu selepas Asar kerna letih pulang kerja atau sekolah....Untuk menghindarkan kejadian seumpama ini berlaku, khasnya untuk wanita, jangan tidur selepas Asar.


wALLAHUALLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan