Jumaat, 27 Jun 2014

Nilai Sebenar Seorang Isteri...


Seorang penceramah mengadakan
permainan kecil kepada tetamu di dewan
yang sudah berkeluarga dan meminta 1
orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang
paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama,
ada nama jiran, orang tua, teman kerja,
sahabat, anak dan juga isterinya serta
seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di
antaranya anda ingin hidup terus
bersamanya"
Lelaki itu memadam 3 nama yang
ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2
nama lagi, sehingga tinggal 5 nama
sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang
tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka
berfikir semua sudah selesai dan tak ada
lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan
padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan
mengambil keputusan yang sulit dan
menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama
lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung.
Kemudian mengangkat kapur dan dengan
berat hati mulai menghapus nama
anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu,
"kenapa kau tidak memilih orang tuamu
yang telah melahirkan dan
membesarkanmu, tidak juga memilih
anak yang darah daging anda sendiri,
sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut
terpaku menunggu jawapan dari lelaki
tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya
akan pergi meninggalkan saya, manakala
anak jika sudah dewasa akan berkahwin,
dan juga pasti akan meninggalkan saya.
Sedangkan yang benar-benar boleh
menemani saya dalam hidup ini hanyalah
ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan
saya yang memilih, tapi Tuhan yang
menganugerahkannya. Sedangkan
ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian
banyak wanita yang ada di dunia ini.”
Semoga kita semua boleh mengambil
hikmah dari cerita diatas. 

Sayangilah  isteri anda..=)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan