Sabtu, 28 Jun 2014

Cinta Kun Fa Ya kun


Subhanallah..Allahuakbar baru selesai menonton cerite ini di tv al-hijrah, cerita yang sangat mendalam mesejnya...Pada mulanya hanya baring-baring santai sambil tidurkan si kecil, tetiba anak tekan tv al-hijrah..hmm ade drama habis terus nie, bolehlah layan sambil melayan karenah anak-anak nak tidur =)

Alhamdulillah semuanya dari Allah swt, die yang gerakkan naluri hati untuk tengok cerita ini, pada saya drama ini cukup berkesan dengan jiwa seorang hamba allah swt. Bagaimana kita sebagai hamba meletakkan segala aktiviti harian dan ape jua yang bakal berlaku semuanya adalah perancangan yang diatur oleh allah swt cukup sempurna untuk kita tanpa ada sedikit pun kekurangan,

Jika kita berkehendakkan sesuatu, sudah berusaha namun hasil yang diperolehi tak seperti yang diharapkan, usahlah kecewa atau kesal dengan segala usaha yang telah dilakukan tetapi sebaliknya banyakkanlah bersabar dan kembali kepada allah swt. Sesungguhnya orang yang terima musibah dengan sabar dan redha besar pahalanya di sisi allah swt.

Tak semua perkara yang kita inginkan kita akan dapat, walaubagaimanapun usahlah bersedih kerana setiap yang berlaku ade hikmah disebaliknya =)

Yang pentingnya setiap perniagaan atau perkara yang kita nak lakukan mulakan niat dengan ikhlas kerana Allah swt. Sabar dan berharap hanya pada Allah swt juga kunci utama dalam menghadapi segala kesulitan.

Jika kita berharap pada Allah swt , kita pasti akan tenang dengan segala dugaan yang mendatang =)

"Terima kasih Ya Allah swt, sesungguhnya jika engkau mahukan sesuatu terjadi cukuplah hanya sekadar engkau menyebut  KUN FA YA KUN "

Syukur hanya padamu YA ALLAH SWT  =) =)

Sekadar perkongsian indah, cetusan idea dari allah swt jua buat renungan dan pedoman untuk semua =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan