Assalamualaikum..
Terima kasih kepada semua yang singgah di ARDA eSHOP dan terima kasih kepada pelanggan setia yang sentiasa shopping di sini, alhamdulillah anugerah rezeki dari Allah swt =)
Disamping berniaga untuk nikmat rezeki yang halal dan berkat, sangat teruja dan seronok mendapat feedback yang sangat-sangat positif dari customer yang menggunakan produk yang dijual. Alhamdulillah inilah nikmat yang tak terkata, dapat membantu orang juga menjadikan hati lebih tenang =) InsyaaAllah
hmm cuaca sekarang sangat panas, kena banyak minum air, tapi dua tiga hari nie adalah hari yang agak mencabar apabila kami sekeluarga di serang demam, bermula dengan anak sulong, diikuti ayahnya pula, selepas abam dah okey, humaira pula yang amik tempat, diikuti diri sendiri. Dugaan dan ujian kami terima dengan sabar...alhamdulillah hari ini, dah semakin okey terutamanya anak-anakla huhuhu orang dewasa kalo demam takde la merengek tapi anak-anak kecil demam asyik menangis ajela =(
Alhamdulillah, hari ini anak-anak makin ceria, kami ibubapa juga lega =) Apepun, alhamdulillah rezeki allah swt tetap masuk walaupun di saat ujian demam melanda. Alhamdulillah inilah keseronokan berniaga dari rumah =)
Terima kasih buat semua yang sudi singgah dan shopping di sini =) =)
wslm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan