Sabtu, 14 Jun 2014

10 Cara Kekal Sihat Tanpa Asyik Kira Kalori


1. Bebas Daging
Kurang makan daging dan lebihkan sayur-sayuran merupakan tiket utama untuk ke 'gerbang' sihat. Berdasarkan kajian dari Oxford University, pemakan sayur atau dikenali sebagai vegetarian kurang menderita penyakit jantung. Cuba tolak hidangan daging selama seminggu untuk merasai kesihatan tubuh dengan ketara.

2. Lupakan Kafein
Secawan kopi untuk kesegaran? Hakikatnya, secawan kopi akan 'merosakkan' anda secara senyap. Jika anda sukar untuk berhenti, kurangkan minuman berkafein ini sedikit demi sedikit dengan selang-selikan minuman kopi dengan secawan teh hijau sebagai permulaan yang sihat di pagi hari.

3. Pilih Hijau
Sayuran hijau merupakan pembantu kepada tubuh badan yang sihat kerana kedua-duanya membantu meningkatkan penyahtoksin hati dengan menolak toksin dari badan anda. Pastikan hidangan di dalam pinggan anda ada sajian seperti kubis, brokoli atau bayam untuk tengahari dan makan malam.

4. Banyak Minum
Memperbanyakkan pengambilan cecair membantu mengelak rasa lapar dan mengelak anda terus mengambil makanan ringan. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya dua liter air kosong setiap hari. Jika mahu berperisa, pilih air kelapa, teh herba atau jus buah tanpa gula tambahan.

5. Bijak Membeli
Sebelum anda keluar membeli belah, pastikan anda mempunyai senarai barangan yang hendak dibeli supaya anda tidak membuang banyak masa di pusat beli belah dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya ada di dalam peti rumah anda.

6. Banyak Berjalan
Jika anda suka makan dengan banyak, gantikannya dengan banyak berjalan supaya anda mempunyai tubuh badan yang cergas dan tidak lembik. Berjalan membantu perjalanan darah anda berjalan dengan baik malah proses pam darah ke jantung menjauhkan anda dari sebarang penyakit.

7. Makan Sarapan
Kajian dari sebuah universiti di United Kingdom telah menemui sesiapa yang meninggalkan sarapan lebih cenderung untuk gemuk dan lebih banyak mengambil makanan kurang sihat di kemudian hari.Malah, mereka makan lebih banyak dari biasa. Bersarapan bubur dengan taburan kacang atau telur hancur bersama roti gandum bakar sudah memadai.

8. Tingkat Imuniti
Mudah saja untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh badan anda. Cari saja buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti oren, tomato dan buah delima kerana ia merupakan makanan yang mengandungi nutrien hebat untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

9. Jangan Berlapar
Walau sesibuk mana pun anda sebagai isteri, ibu atau nenek, usah berlapar! Makan setiap tiga jam membantu mengawal tahap gula dalam darah. Ini tidak bermaksud anda perlu makan dalam kuantiti yang banyak tetapi anda boleh mengambil kacang dan buah segar sebagai tenaga sepanjang hari.

10. Berhenti Kira
Usah menyeksa diri dengan mengira pengambilan kilojoule setiap hari. Mengira kalori untuk hidangan yang anda ambil akan menyebabkan anda kurang menikmati makanan sihat yang anda ambil. Anda akan mula memilih makanan yang kurang kalori di mana sebenarnya makanan ini kaya dengan gula dan perisa tambahan. Untuk lebih selamat, ambil saja banyak sayuran, buahan, karbohidrat kompleks dan lemak baik.

Jika anda terus mengikut 10 cara kekal sihat ini, kami yakin anda orang yang tidak perlu risau untuk beraya dengan gaya hidup sihat. Jangan kerana anda mengalah pada nafsu, anda akan merana di kemudian hari!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan