Sabtu, 26 April 2014

Dilema Antara Suami dan Kerjaya


Selepas berkahwin dan menimang cahayamata pertama, saya masih bekerja dan berasingan dengan suami, sungguh perit rasanya walaupun saya tinggal bersama kedua ibubapa tetapi naluri sebagai isteri tetap menginginkan suami berada di sisi di saat gembira dan duka.  Antara kerjaya dan suami mana lebih utama ??

Pada masa itu setiap hari setiap ketika sentiasa berfikir sampai bila harus berjauhan dengan suami, anak semakin membesar  dan perlukan juga ayah sentiasa di sampingnya, tapi sayang juga kerja dan tentulah duit gaji masa tue, ye la  ade duit sendiri lebih bebas nak berbelanja hihihi

Dalam duk pikir-pikir tue sempatlah juga anak dah menginjak ke umur setahun hehehe, akhirnya dengan rela hati  tulis surat perletakkan jawatan, setelah perbincangan dengan bos takde penyelesaian bahkan rayuan untuk  pertukaran antara negeri tidak dilayan. Ye la siapala kita, sekadar staff biasa berstatus kontrak, manela ade ape keistimewaan bahkan kalo berhenti pun tak terasa kehilangan pun. Sedih ?? memang sedih terpaksa tinggalkan suasana kerja dan yang lebih penting kawan-kawan pejabat yang sama menangis dan bergelak ketawa =)  Tapi saya jenis nekad, bila dah buat keputusan saya takkan fikirkan kembali walaupun bos pada ketika itu suruh saya pikirkan dulu, memandangkan kedudukan ekonomi kami suami isteri juga tak kukuh ketika itu. Pada masa itu juga kedua ibu bapa saya juga tak berapa bersetuju memandangkan saya akan tinggal di rumah mertua =)

Saya redha dan pasrah dengan keputusan berhenti kerja dan ikut suami menetap di pahang dan yang paling takjub, tinggal bersama ibu mertua. Ada yang pernah merasa situasi seperti ini ?  Saya yakin awak pasti rasa apa yang saya rasai ketika itu, semua perasaan bercampur gaul, "camana ni ?? adakah aku mampu menjadi surirumah sepenuh masa dan tinggal dengan baik dan bergaul dengan mesra dengan keluarga mertua ?"

Alhamdulillah, seminggu selepas berpindah ke pahang, mendapat tawaran bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah menengah di pahang.Walaupun gaji sebagai guru ganti takla sebanyak dulu tapi sekurang2nya mampu juga menampung perbelanjaan kami, dan saya tetaplah juga masih bekerja =) Anak saya tinggalkan dengan ibu mertua memandangkan kerja sebagai guru ganti waktu kerja hanyalah sehingga paling lewat pun jam 3pm sudah pulang =) Sempatlah setahun bekerja sebagai guru ganti dan disahkan hamil anak kedua =)  Selepas bersalin anak kedua, sebaik habis pantang saya masih mendapat tawaran sebagai guru ganti di sekolah yang sama namun terpaksa menolak memandangkan anak-anak masih kecil dan tak sanggup nak hantar anak-anak ke taska. Bermulalah episod sebagai suri rumahtangga sepenuh masa =)

Alhamdulillah saya redha, Sesungguhnya Allah swt sentiasa bersama saya =)



                                             Bermulalah rutin harian seorang suri rumah =) =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan