Jumaat, 25 April 2014

Apakah itu Manna/Gam Arab?



"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57

Manna dikatakan sebagai sejenis makanan yang diturunkan Tuhan sebagai pemberian kepada Nabi Musa dan pengikutnya. Fiber Manna adalah sejenis getah pokok yang di ambil dari Pokok Acacia Senegal. Ianya kaya dengan Fiber Diet boleh larut yang memudahkan pencernaan makanan disamping membantu proces gastrointestinal badan kita. Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.



*Antara ramuan dalam UMMA LACTO (Booster Susu Ibu) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan