Saya berkahwin dengan pilihan hati pada 26 Julai 2008, alhamdulillah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kesyukuran setelah bergelar "isteri" ....bertukar status dari bujang kini dah jadi hakmilik orang, dari seorang kini berdua =) Memang saat bergelar isteri memang antara pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Syukur juga perkahwinan kami direstui oleh kedua-dua belah pihak walaupun majlis kami serba sederhana, hanya pelamin dihias sendiri bersama sepupu sedara mara hehehe
Perkara pertama yang sering ditanya setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga "dah ade isi ke ?? "
"kami masih honeymoon" itulah yang saya sering jawab, pada masa ini saya masih berjauhan dengan suami, suami di pahang dan saya di terengganu. Disahkan hamil perkara yang paling menggembirakan, pada masa nie rasanya nak jumpa semua yang bertanya bila nak pegnen dulu tue, rasa nak canang ke seluruh dunia hahahaha
Alhamdulillah melalui pengalaman kehamilan yang biasa saja seperti tidak hamil bahkan dicemburui kawan yang hamil sebab tidak mengalami "morning sickness" hihihi memang makan, makan, makan aje la kije hihihi
di Akhir kehamilan mengalami tekanan darah tinggi, nak tak nak terpaksa juga masuk awal ke wad, kalo diikutkan hati nak tggu juga sakit bersalin sendiri tapi memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan, pergi juga lah ke hospital, memang takde rasa sakit apa-apa pun, tapi disebabkan tekanan darah yang tak nak juga turun, doktor terpaksa masukkan ubat untuk bukak jalan juga
Akhirnya setelah lama bertarung di bilik bersalin, lahirlah baby boy seberat 2.7kg jam 11:39 mlm 6 januari 2010...alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah tak terucap kata-kata saat melihat zuriat yang keluar dari perut sendiri, Subhanallah maha suci ALLAH SWT yang menghadiahkan saya seorang bayi lelaki yang sempurna sifatnya. AllahuAkhbar dialah penyambung kasih sayang antara kami suami isteri. Kami namakan bayi comel ini MUHAMMAD NIZAR DARWISY yang bermaksud muhammad pemimpin yang warak. Semoga membesar menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat
-bersambung
Muhammad Nizar Darwisy
dah besar dah saya hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan