Semasa ziarah terjumpa dengan seorang abang ni semasa berjalan tadi gaji rm10 sehari. Sebulan rm300-rm500 campur elaun. Menjaga isteri dan anak 2 orang..
Dia kata hidupnya sempit. Cuma mampu beli beras...
Saya amat kasihan padanya. Saya bantu mana yang termampu. Kemudian saya beri beberapa nasihat..
Dia terharu dengan bantuan itu. Dia benar-benar mengucap syukur. Ramai orang yang benar-benar susah..ya Allah maafkan kami. Maafkanlah kami ya Allah.
Abang tahu tak Allah sayangkan abang? tanya saya.
Allah sayang sangat pada abang dan dia berikan abang Islam. Dalam Hadis ceritakan siapa jaga solat, Allah jaga mereka.
Tapi saya sibuk abang. Saya tak sempat solat..Hidup ini, duit paling penting. Solat tidak boleh beri duit..
Jawab saya, Allah suka orang yang rajin dan kuat bekerja macam abang. Tak putus asa. Ini semua kebaikan yang besar yang Allah suka..
Allah janji orang jaga solat Allah akan sempurnakan rezeki buat mereka.
Abang kuat kerja dalam masa yang sama jaga solat 5 waktu. Solat tanda hamba. Abang nak syurga tertinggi tak? Abang jaga solat. Dunia ini susah bagaimanapun akan datang kematian habislah dunia ini. Akhirat tiada penamat lagi. Tiada penghujung. Bahagia sebenar di sana. Derita sebenar di sana..selama-lamanya.
Cuba abang beri kedua belah tangan abang ke sini. Sekarang abang genggam tangan kanan. Tutup sebelah mata..nampak apa-apa tak?
Begitulah kita genggam dan besarkan dunia sehingga kita terlupa kehidupan akhirat. Bahagia selamanya dalam syurga. Sedih selamanya dalam neraka..
Saya saksikan ribuan orang depan mata saya. Orang jaga solat, Allah jaga dan beri mereka hadiah yang mereka tak pernah sangka. Betulkan solat, rukuk, sujud, khusuk kehidupan mereka berubah. Keberkatan dan kebaikan datang dalam hidup mereka. Mereka mungkin kurang duit dan miskin di mata manusia. Tapi Allah beri bahagia. ALLAH beri gembira. Allah beri segalanya. Mereka lebih kaya dari jutawan. Kadang-kadang lebih dari segalanya..itulah kekayaan hati. Mengenal tuhan. Ini bukan mimpi tapi inilah sebenarnya. Inilah segalanya.
Saya ada beberapa kawan yang susah. Sehingga hari ini mereka tidak pernah berharap atau meminta pada sesiapa. Keluarga mereka sangat tenang dan bahagia.
Abang tadi ucap terima kasih. Katanya sekarang dia akan mula solat. Sekarang solat apa tanyanya..saya terangkan solat asar.
Solat kunci syurga. Solat sebab Allah sayang kita.
Solat tiang agama.Allah gembira itulah segalanya
- Nukilan Ustaz Ebit Lew
Tiada ulasan:
Catat Ulasan