Khamis, 16 Oktober 2014

ANTARA SOALAN LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS


Soalan.. : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin? 
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu. 
Soalan.. : Selepas dengar ceramah ustaz ini apa patut dibuat? 
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau. 
Soalan.. : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ustaz : Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.
Soalan.. : Apa hukum besarkan payudara?
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..
Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.
Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat..
Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz...
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah.
Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib?
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...
Soalan : Di mana ustaz beli kopiah?
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware.....

1 ulasan: