Khamis, 23 Oktober 2014

Kenapa Susah Nak Dapat Rezeki ??

REZEKI PAYAH NAK MASUK apabila kita :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.
5. Riak bila bersedekah.
6. Banyak berbuat maksiat ataupun kemungkaran.
7. Tidak ataupun kurang beristighfar maupun berselawat.
8. Tidak bersyukur atau banyak mengeluh.


Memang selalu kita macamni kan ? 


Cakap nak sedarkan diri sendiri juga ni !! Insyallah lepas nie, kalo ade sikap-sikap negatif macam nie, jom pakat campak jauh-jauh kalo boleh biar  tenggelam terus di lautan dalam.  Marilah sama-sama kita bersyukur atas apa yang telah ada dan perbanyakkanlah istighfar serta selawat. Usaha dan terus usaha tanpa jemu, berdoa dan terus berdoa tanpa rasa penat atau letih, mintalah dengan Allah swt dengan penuh rasa kebergantungan yang amat sangat, Insyaallah semua REZEKI adalah dari Allah swt dan HANYA ALLAH SWT  yang akan berikan NIKMAT REZEKI yang tak terhingga !! 


Ujian tanda ALLAH rindu mendengar rintihan dan doamu....

Solatlah dan berdoa merintih pada ALLAH tentang masalah yang dihadapi...insya ALLAH akan dipermudahkan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan