Assalamualaikum pembaca,
Saya mahu berkongsi tips agar suami sentiasa sayang kepada isteri.
Puan – puan cuba cium pipi atau dahi suami dan amalkan selama 40 hari. InsyaAllah suami akan berubah. Tidak perlu teknik tertentu, cium sahaja mana yang boleh. Ia sebenarnya memberi makna dan maksud yang mendalam pada suami. Nampak macam suami buat tidak tahu sahaja, namun percayalah, dia suka.
Saya terbaca tips ini dari sebuah petikan bertajuk ciuman isteri. Suami saya sebelum ini adalah seorang yang cukup kuat berahsia. Telefon bimbitnya juga diletakkan ‘password’. Pada saya itu adalah masalah besar bagi saya. Jadi saya pun berdoa kepada Allah dan Allah Maha, saya terjumpa petikan tersebut dan saya telah mengamalkannya selama 40 hari.
Pada mulanya suami agak janggal. Tetapi lama-kelamaan jika saya terlupa, dia pula yang akan mencium saya. Sehinggakan telefon bimbitnya kini tidak lagi mempunyai kata laluan. Malah dia juga menyuruh saya menjawab panggilan telefonnya dan membalas SMS yang masuk. Saya sungguh teruja. Sesungguhnya, Allah mendengar doa aku yang kerdil ini.
Hebat bukan? Setiap pasangan pasti ada dugaan. Syaitan memang tidak suka pada perkahwinan. Syaitan akan sentiasa menggoda dan menghasut agar manusia terjerumus ke lembah noda.
Saya berharap perkongsian saya ini bermanfaat.
#copypaste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan