Jumaat, 4 Julai 2014
SAIZ PERUT BAYI, PERKARA YANG PARA IBU PERLU TAHU
Ini lah saiz perut baby dan jumlah susu yang diperlukan ( anggaran berat baby dalam 3.3 kilogram)
Percayalah. Yakinlah. Susu anda cukup untuk baby anda. Diawal kelahiran jika menangis, melekap lama, kerap menyusu seolah2 tidak kenyang BUKAN kerana susu sikit , BUKAN kerana tak kenyang, BUKAN kerana susu tak cukup khasiat TAPI kerana ..
baby mahu mendengar degup jantung ibunya yang dia dengari selama 9bulan di dalam perut. Baby mahu rasa selamat berada di luar perut ibunya yang sebelum ini sempit berbeza dengan alam dunia yang bising, sejuk, panas. Baby perlukan pelukan ibunya dan hanya kenal ibunya dan macam2 lagi.
9 bulan dalam perut tak mungkin dia boleh sesuaikan diri dengan alam dunia dalam masa yang singkat. Sehari? Seminggu? Sebulan? Sekurang2nya dalam pantang fahami perangai baby.
Ibu2 jangan takut untuk peluk baby, letak baby di pangkuan. Jangan takut anak tak mahu letak nanti. Waktu berpantang inilah saat paling indah kita bersama2. Fitrah baby memang begitu. Bertabahlah. Saat itu akan berlalu dan menjadi kenangan kita nanti. Bukan semua wanita dapat merasai nikmat ini. Jadi, bersyukurlah anak kita suka melekap suka dipegang suka dipangku.
Percayalah, semua ibu mampu menyusukan anak2 dengan susu ibu sahaja. Mari kumpul ilmu penyusuan ketika hamil untuk persediaan selepas melahirkan nanti.
Semoga semakin ramai ibu2 menyusukan anak syurga yang dipinjamkan kepada kita .
In shaa Allah.
Juzaila Abd Satar
Kaunselor Laktasi Bertauliah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan