Saya copy & paste
Keajaiban Bersedekah;
Mesti Baca !!!!
Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum, 3 minggu lepas saya menghadiri satu seminar selama 5 hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari. Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka 'tersangat' kaya. Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an. Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan. Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta. Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat. Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Nasihat Dari Para Jutawan
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu. Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka. Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dompet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan