Khamis, 10 Julai 2014

Jom Ajar Anak-anak kita !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah =) =)

Alhamdulillah kita dah menginjak ke bulan Ramadhan yang penuh berkat, InsyaAllah semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala berlipatkaliganda untuk kita semua, Amin =)

Sambil melayari internet terjumpa video nyanyian terjemahan surah al-fatihah, en. suami yang mula-mula jumpa dan download video ni, sangat comel budak-budak kecil nie, pandai nyanyikan lagu terjemahan surah al-fatihah =)

Kami mula pasang untuk anak-anak dengar, bukan main seronok diorang nie, mula-mula dengar dengan kusyuk sampai mata pun tak berkelip hihihi, betulla anak-anak kecil nie mudah je dapat terima ilmu baru, otak macam span yang serap je semuanya sebab tue la pentingnya kita serapkan perkara atau nila-nilai yang baik sahaja kepada diorang nie.

Alhamdulillah dah tiap-tiap hari duk ulang dengar video ni, anak-anak dah mula pandai ikut lagu terjemahan surah al-fatihah nie, sebagai ibu seikhlas kata memang sangat teruja mendengar anak-anak dah pandai baca al-fatihah beserta terjemahannya walaupun takde la sepenuhnya betul =)

Jom sama-sama kita hayati  dan ajar anak-anak kita =)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT , TUHAN SEMESTA ALAM

MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN

HANYA KEPADA MU YA ALLAH SWT

KAMI MENYEMBAHMU YA ALLAH SWT

HANYA KEPADAMU KAMI MOHON PERTOLONGAN

TUNJUKKILAH KAMI JALAN YANG LURUS 

IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG KAU KURNIAKAN

NIKMAT KEPADA MEREKA

BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI 

DAN BUKAN JALAN-JALAN MEREKA YANG SESAT 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan