Bismmillahirahmanirrahim, dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi maha mengasihani =)
Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu, nama saya Shuhada Badya, berusia 32 tahun. Saya kembali aktif dengan bisnes sejak tahun 2012 dengan membuat jualan secara online menggunakan fanpage facebook iaitu Rahsia Ibu Sihat dan juga blog http://rahsia-ibu-sihat.blogspot.com/. Antara produk yang saya jual iaitu produk SET TROPIKA BAYI khusus untuk bayi yang mengalami masalah kulit seperti ruam panas, ruam susu dan juga ekzema. Ade juga HARUM MALAM dan VEE SPRAY iaitu khusus untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan bau badan. Produk untuk masalah rambut gugur juga ada iaitu ROSE HAIR PERFUME. Di samping itu juga, saya juga ade menjual WIRA MALAM iaitu produk khusus untuk kesihatan dan kecergasan lelaki. Atas sambutan yang menggalakkan, UMMA LACTO iaitu produk untuk menambah atau meransang penghasilan susu ibu juga semakin mendapat permintaan di kalangan ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi.
Bergelar ibu kepada dua orang cahayamata bukanlah penghalang untuk saya menceburi dunia bisnes, Alhamdulillah saya telah bermula dengan dunia bisnes sudah lama sejak masih bujang lagi seawal tahun 2007, namun hanya secara sambilan sahaja dan akhirnya terhenti setelah sibuk dengan kerja pada ketika itu. Kini saya kembali aktif dengan dunia bisnes secara online dari rumah sahaja disebabkan desakan ekonomi dan keperluan saya untuk berada di rumah menjaga anak-anak. Ye itulah hakikat sebenarnya yang saya perlu akui, saya mulakan bisnes online atas faktor saya ingin juga menjana pendapatan sampingan untuk membantu kewangan keluarga, jadi peluang yang ada tak harus dipersiakan.
Alhamdulillah dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang baik hati, sedikit sebanyak dibantu oleh adik-adik dan sahabat yang menjalankan bisnes online juga. Saya hanya menjalankan perniagaan secara online sahaja, bermula dengan iklan ke group-group yang menyediakan perkhidmatan secara percuma sahaja, alhamdulillah berkat rajin mengepos iklan, saya berhasil juga mendapatkan customer . Kemudian hasil dari jualan saya akan laburkan dan jadikan modal untuk iklan berbayar pula, dan sedikit demi sedikit saya pelbagaikan produk di kedai online saya =)
Pengalaman sepanjang menjalankan bisnes online pula memang banyak, terutamanya kesedihan apabila hasil yang diperolehi tak setimpal dengan jualan kerana terpaksa menanggung kos iklan di facebook yang agak mahal huhuhu tapi selagi kita kuat dan merasa yang Allah swt itu ada, selagi itulah kita akan kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang datang. Pernah satu ketika, saya menerima panggilan telefon dari Brunei untuk order barang darr saya yang jika dihitung hasilnya boleh mencecah rm2000, terketar dan mengigil menjawab panggilan telefon dan emel dari syarikat tersebut. Tiba hari pembayaran, terima satu panggilan yang menyatakan saya perlu membayar duit pendahuluan untuk tukaran wang brunei ke matawang Malaysia dengan alasan mereka tersilap membuat transaksi dan untuk menyelesaikan masalah tersebut mereka meminta jasa baik saya untuk membayar rm300 ringgit untuk tujuan itu disebabkan pada ketika itu, boss mereka ade urusan luar yang tak membolehkan urusan itu disegerakan. Hati mula tak sedap, saya rasa ade yang tak kena nie, mujur saya tak termakan dengan kata-kata manis mereka nie sampai sanggup menggunakan "kejujuran mereka kerana allah swt" dan mujur juga, saya tak tamak ketika itu untuk mengaut keuntungan. Alhamdulillah allah swt masih jauhkan saya dari manusia penipu. Saya cuba google nama orang yang berurusan dengan saya, rupanya dh ramai yang terkena dengan die tue, Masyaallah senang lenang je manusia ni mempergunakan orang lain untuk mengaut keuntungan. Semoga Allah swt membukakan pintu keinsafan kepada die.
Pengalaman itu mengajar saya agar lebih berhati-hati, sekarang semua urusan jual beli saya pastikan ade bukti bayaran disertakan barulah saya akan poskan barang. Proses ini mungkin agak cerewet dan menyusahkan pengguna yang tak biasa berurusan secara online, walaubagaimanapun setakat ini semuanya memberikan kerjasama yang baik untuk proses pembelian cara ini dan penghantaran juga, saya gunakan pos laju malaysia, dalam 1-2 hari bekerja customer dah boleh terima barang yang diposkan =)
Alhamdulillah, hari demi hari bisnes online saya semakin mendapat sambutan, setiap hari ade je yang buat bayaran untuk diposkan. Nak kongsi satu rahsia bagaimana supaya dapat mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan bisnes nie, haaa caranya mudah saja kembali kepada Allah swt, buat apa yang Allah swt suka =) Perkara pertama saya mulakan hari dengan menunaikan solat dhuha memohon supaya diberikan rezeki yang mencukupi serta dipermudahkan urusan. Kedua, saya akhiri hari ( sebelum tidur) dengan berzikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar (33x) dan seterusnya membaca surah 3 Kul supaya saya akan bangkit dengan lebih bersemangat keesokan harinya =)
Rasnya tak cukup menggunakan fanpage sahaja sebagai medium perantara untuk jualan, Akhirnya saya bina blog sendiri namun merasakan blog saya masih ade yang kurang apabila melayari blog online yang lain. Suatu hari terlihat terlihat pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah di wall seorang sahabat. Semenjak hari itu, saya menjadi follower setia facebook Pn. Masadayu Ahmad sebelum membuat keputusan menyertai ABDR =) Kini saya rasa blog yang saya bina lebih tersusun berbanding blog sebelum ini, dan saya masih lagi belajar dan belajar dunia blogging =) =)
**Inilah antara produk-produk yang dijual di KEDAI ONLINE ARDA
1. SET TROPIKA BABY
2. VEE SPRAY
3. WIRA MALAM
4.HARUM MALAM
5. WIRA MALAM
6. ROSE HAIR PERFUME
7. UMMA LACTO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan