Khamis, 8 Mei 2014

Cara Tunaikan Solat Dhuha




[KUASA DHUHA]
Masih ada waktu untuk mengerjakan solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)


Jom sama-sama amalkan, semoga dengan mengamalkan solat dhuha hati akan lebih tenang, kembali bersemangat untuk melaksanakan rutin harian dan juga akan sentiasa dilimpahi rezeki yang tak di sangka-sangka....In syaa allah =) =)

Alhamdulillah, inilah penguat semangat dan pencetus ilham setiap hari di kala menghadapi suka,duka dan cabaran mengharungi kehidupan sebagai "Superwomen plus Supermama" =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan