Rabu, 20 Mei 2015

Hebatnya Amalan ISTIGHFAR

Kisah Imam Hanbali Dengan Pembuat Roti

 Imam Ahmad bin Hanbal sedang dalam perjalanan untuk menuntut ilmu . Akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila tok siak masjid berkenaan menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukan tempat untuk tidur!” katanya .

Tok siak masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad, dan beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika tok siak itu mengenalinya, pasti dia tidak akan menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Imam Ahmad bin Hanbal memujuk tok siak masjid tersebut agar dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun tok siak masjid tadi menghalangnya.

Akhirnya dia menghalau Imam Ahmad yang sudah berusia itu keluar dari kawasan masjid.

Pada masa yang sama, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa itu merasa sungguh simpati. Lantas dia mengajak Imam Ahmad yang tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki itu, adalah seorang pengusaha kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya si pembuat roti pun meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur sebaliknya memerhatikan gerakgeri pembuat roti tersebut. Setiap gerak tangannya mengguli roti, diiringi dengan istighfar yang tidak henti-henti.

Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“Sejak bila engkau beristiqhfar seperti ini? Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristiqhfar?” tanya Imam Ahmad

Lalu dia menjawab : “Ya! Setiap hajat dan permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yang belum dimakbulkan , wahai tuan.”

“Apakah itu?” Tanya Imam Ahmad

“Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi belum dimakbulkan lagi!” tegas pembuat roti itu dengan wajah yang sedih


Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata: “Wahai saudara! Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu!”

Begitulah bukti kelebihan istiqhfar sehingga Allah rakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12.

Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristiqhfar kerana ganjarannya banyak, antaranya :

Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah sehingga menghasilkan dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.
Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka pupus.
Allah akan mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Lihatlah walaupun si pembuat roti mempunyai hajat yang kecil tetapi Allah memakbulkannya berkat istiqhfar yang diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupannya Allah telah memenuhi hajatnya.

Perbanyakkanlah ISTIGHFAR agar segala dosa-dosa kita diampuni Allah kerana kita adalah hamba yang banyak melakukan dosa. Dan percayalah jika kita ikhlas dengan istighfar memohon ampun tersebut, Allah akan menganugeri kita dengan kebaikkan yang tidak kita sangkakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan