Si suami melangkah menuju ke dalam rumah . Dia mendapati kotak-kotak bekas bungkusan makanan bersepah di mana-mana. Pintu depan rumah dalam keadaan terbuka.
Setelah dia melewati pintu dan memasuki rumah, masyaAllah, rumah seperti tongkang pecah. Ada lampu yang pecah, ada sejadah yang tertempel dengan gula-gula getah di dinding. Televisyen dalam keadaan terpasang dan dengan pembesar suara pada tahap maksimum. Mainan kanak-kanak bertebaran di mana-mana. Pakaian kotor bertaburan ke seluruh penjuru ruangan.
Dapur? Ooooh di dalam sink penuh dengan piring kotor. Sisa makanan pagi masih ada di atas meja makan. Pintu dapur terbuka lebar.
Si suami naik ke tingkat atas. Dia melangkah mainan kanak – kanak yang berserakan itu. Dia memijak pula pakaian yang berserakan tersebut. Si suami cuba mencari isterinya, siapa tahu ada masalah serius dengannya.
Pertama sekali dia dikejutkan oleh air yang melimpah dari bilik air, semua tuala berada di atas lantai dan basah kuyup. Sabun telah berubah menjadi buih. Cermin penuh dengan contengan lipstik. Si suami bergegas ke bilik tidur, dia dapati isterinya sedang baring – baring sambil membaca komik!
Melihat aksi panik si suami, si isteri memandang kepadanya dengan tersenyum. Dengan penuh kehairanan si suami bertanya, “Apa yang terjadi hari ini wahai sayangku?!”.
Sekali lagi si isteri tersenyum seraya berkata,“Bukankah setiap kali pulang kerja abang bertanya dengan penuh tidak puas hati, ‘Awak buat apa kat rumah hari ini wahai isteriku?’, bukankah begitu wahai suamiku tersayang?!”
“Betul” jawab si suami.
“Baik” kata si isteri, “Hari ini, saya tidak melakukan apa yang biasanya saya lakukan, semoga dengan itu abang tahu apa yang selama ini saya buat di rumah”.
1. Penting sekali untuk semua orang memahami, bahawa orang lain bermati-matian dalam menyelesaikan tugasnya, dan betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang lain itu agar kehidupan ini tetap berjalan lancar....
2. Dan agar kita tidak menganggap bahawa kitalah satu-satunya orang yang berkorban, menanggung derita, menghadapi kesulitan dan masalah serta menyelesaikannya.....
3. Dan jangan anggap bahawa orang-orang yang ada di sekelilingnya, yang nampak santai, dan diam, jangan dikira bahawa mereka tidak mempunyai sumbangan apa-apa....
4. Oleh kerana itu, hargailah jerih payah dan sumbangan orang lain dan jangan melihat dari sudut pandang yang sempit......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan