Isnin, 3 November 2014

~ Petua Suri Rumah Untuk Elak Perut Buncit ~


1. Makan buah-buahan setiap hari. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan sahaja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

2. Minum banyak air, kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan sahaja dapat membakar 350 kalori sejam tetapi juga turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan