Selasa, 25 November 2014

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT (* _*)

MASALAH  Jerawat Oh Jerawat !!!  
dah habis masalah Jerawat !!   Alahai  MASALAH parutnya pulak yang menyemak di muka huhuhu memang inilah yang selalu dirisaukan oleh kaum perempuan kan ? Arda pun same hehehe kalo mengadap cermin tue asyik duk bilang banyak mana jerawat kat muka, tak cukup setakat belek aje, tangan pun gatai sama nak picit-picit huhuhu akhirnya muncul plak masalah baru, alamak berparutla plak ...hushh nak selpie pun takleh gini hehehe

Banyak sebenarnya petua mak-mak nenek kita dolu-dolu, petua camana nak hilangkan masalah parut kat muka akibat jerawat dan nak bagi jerawat tu segan sikit nak menempel kat muka tue, meh Arda kongsi petua orang lama yang sememangnya digunakan sejak turun temurun !!

Boleh cuba mana-mana cara berikut...

1. Kulit kayu manis dan madu lebah :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Cucilah esok paginya menggunakan air suam.

2. Timun :
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Daun sirih muda :
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

5. Madu :
Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.

6. Kulit kayu manis :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.


Boleh pilih-pilih mana-mana yang suka nak buat, tapi kalo dah malas nak asah kulit kayu manis tue, haaa meh nak habaq mai, ade yang lebih mudah, Arda dah tolong mudahkan kerja-kerja nak menyental jerawat degil dan parutnya tue !!! 

Jom pakat cuba 

SABUN PEWITT >>> EXTRACT KULIT KAYU MANIS/BUNGA CENGKIH !!! Detail >> KLIK SINI

Selamat Mencuba ^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan