Bukan kita yakin dengan diri kita. Tapi yakin yang Allah akan tolong kita. Yakin yang pertolonganNya akan datang. Yang kesusahan, masalah, tekanan yang kita hadapi akan diganti dengan kejayaan dariNya. Bila dan bagaimana? Biarkan Allah yang tentukan. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Penyelesaian yang terbaik.
Kerja kita usaha yang terbaik, jemput pertolongannya, baiki diri kita dan always yakin dengan Allah. Bersangka baik denganNya. Yang pintu rahmatNya, pertolongannya sentiasa terbuka luas untuk kita.
Sebenarnya Tuhan dah lama ajar tips ini dalam Surah Annas. Tuhan tahu yang kerja syaitan memang mendatangkan perasaan was-was dalam hati kita. Syaitan nak sampai kita putus asa dengan rahmat Allah. Sebab tu Allah bekalkan kita dengan surah annas. Inilah sebenarnya tips dari Tuhan.
Jadi kalau perasaan tu datang, kita baca surah Annas..
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Baca dengan syarat utama: yakin dengan Allah.
Ubah cara cakap kita. Buang ayat-ayat yang tidak yakin tu jauh-jauh. Ganti dengan ayat-ayat positif, yang menunjukkan kita yakin denganNya. Dengan pertolonganNya. Dengan rahmat dan kasih-sayangNya.
Saya yakin, perubahan yang drastik juga boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Dipetik dari tulisan Dr Siti Ujila Official
Tiada ulasan:
Catat Ulasan