Rabu, 31 Disember 2014

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG


Berikut Ini adalah tips yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut bagi wanita yang menggunakan jlbab atau Tudung,
• Cuci rambut secara teratur 2 hingga 3 hari dengan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Atau jika ingin mencuci rambut setiap hari gunakan syampu yang lembut.
• Lakukan creambath seminggu sekali untuk memberikan nutrisi pada rambut dan menjaga kulit kepala agar tetap sihat.
• Gunakan topeng rambut seminggu sekali agar kesihatan dan kekuatan akar rambut tetap terjaga. Anda boleh menggunakan topeng rambut siap pakai yang banyak tersedia di kedai, tetapi pilihlah yang sesuai dengan jenis rambut.
• Jaga keharuman rambut, kerana keadaan rambut yang selalu tertutup boleh menimbulkan bau yang kurang sedap. Caranya boleh dengan meratusnya minimal sebulan sekali. Ratus adalah teknik mengasapi rambut dengan campuran rempah-rempah dan bunga-bungaan.
• Pilihlah tudung atau kerudung berbahan kapas atau kaos sehingga peredaran udara bagi rambut tetap baik.
• Gantilah jilbab atau kerudung setiap hari.
• Sebelum menggunakan jilbab atau kerudung, pastikan rambut sudah dalam keadaan kering.
• Gunakan hair tonic atau serum antirontok setiap selesai keramas untuk menguatkan akar rambut.
• Pilih potongan rambut yang praktikal untuk memudahkan penataan rambut saat memakai tudung atau kerudung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan