Selasa, 30 September 2014

Syukur Yang Teramat Sangat

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar  nikmat rezeki yang tak terucap atas rezeki berganda hari ini !

Semalam hari yang paling  stress ekoran masalah iklan di fb yang dah seminggu menganggu ! asyik tak lepas je, naik tensen jadinya, mane nak layan ragam anak kecik lagi mane nak fokus dengan bisnes online, hanya allah swt yang tahu perasaan ini, tertekan yang amat !

Tetapi ku tetap tak mahu patah semangat, cuba juga sejaya yang mungkin dengan pelbagai cara meskipun hanya menemui jalan yang buntu, walaupun setelah bertungkus lumus dengan sesi coaching dengan otai-otai power huwaaaa arghh di mana silapku!!

Setelah tiada penyelesaian ditemukan, tutup laptop dan tidur hihihi itulah penghabisan stressku. ingat boleh tidur ?  takdenye masih memikirkan cara terbaik untuk atasi masalah tu sampai termimpi-mimpi. Tapi memang sejak dulu jika inginkan sesuatu memang akan sampai terbawa-bawa dalam mimpi ! 

Bangun pagi nie dengan semangat tak putus asa, lakukan rutin biasa sebelum memulakan kerja di meja laptopku, perkara pertama solat dhuha, dan setelah itu, dengan sesungguhnya memohon agar masalah itu segera selesai dan ku serahkan segala ketentuan hanya kepada allah swt. Kini hati lebih tenang =)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur yang teramat sangat ! masalah dah selesai, iklan dah berjalan seperti biasa. Ya Allah swt terima kasih, engkau makbulkan doaku !! 

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah swt, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang bertwakal kepada Allah swt, nescaya Allah swt mencukupkan keperluannya" 
(surah At- Talaq, ayat 2-3) 

YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH SWT 





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan