Sabtu, 24 Mei 2014

Susu makin pekat dengan UMMA LACTO

"Lepas 2 sachet susu makin pekat, bila pam laju je keluar. Baby kenyang dan rasa Umma Lacto memang sedap!"

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727 


Renungan bersama...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Mesti ramai nak kaya kan? Nak hidup senang? Nak anak pandai & cerdik, Kluarga bahagia ??

Saya sentiasa ingat kata-kata dari seorang hamba allah ni.. Hampir setiap hari diulangnya tanpa rasa jemu kepada saya sehingga saya betul-betiul paham apa maksud tersirat disebalik kata-katanya itu.. 

Antara katanya adalah dalam bentuk pertanyaan.. " Mesti ramai nak kaya kan? Nak hidup senang? Nak anak pandai & cerdik, Keluarga bahagia dan sebagainya tapi apa yang paling penting adalah kehidupan yang KEKAL di akhirat..

Jadi tanya diri kita balik.. apa yang telah kita lakukan? apa yang telah kita curahkan utk mbantu org ramai?
dan apa yang paling penting adalah jangan menyakiti atau  menganiaya kehidupan antara manusia.. Saya terpinga-pinga selama beberapa minggu untuk betul2 nak hadam apa yang telah di ungkapkan-nya.. Alhamdulillah skrg sy perlahan-lahan dapat memahaminya..

Nak bantu org biarlah ikhlas, begitu juga dlm berniaga dan berkawan.. Jangan sesekali kita hanya pentingkan untung semata-mata.. Kesannya memag kita akan berjaya dan akan dapat duniawi semata-mata tapi dalam tidak sedar, perlahan-lahan kita akan hilang perkara-perkara atau nikmat-nikmat yang lain..

So sentiasa muhasabah diri serta perhatikannya apa yang telah berlaku disekeliling anda.. Insha allah anda akan dapat jawapannya apa yang anda sedang cari..

Duit serta rezeki akan sentiasa datang dan datang jika perjalanan kehidupan kita
sentiasa ikhlas untuk membantu orang ramai.. Itu kuncinya.. 

Sekadar berkongsi serta peringatan untuk diri sendiri =)

Jumaat, 23 Mei 2014

Memang amazing!


Baru lepas pam 2 jam sebelum dan pam lagi dapat 2 botol penuh! 

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727


Khamis, 22 Mei 2014

Anugerah Rezeki Dari Allah swt



Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk meneruskan kehidupan, semoga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah. 

Kesyukuran juga dipanjatkan kepadaMu Ya Allah swt atas segala ilham yang engkau kurniakan kepada hambamu ini di atas cetusan idea dan semangat yang membara dalam menyiapkan branding semula blog lama kepada blog baru yang lebih tersusun, kemas dan cantik ini hehehe terperasan plak =) 

Terima kasih juga kepada suami tercinta kerana mengizinkan isterinya ini bekerja dari rumah,  juga cetusan idea nama blog yang cantik dengan maksud yang indah dan penuh makna =)

Terima kasih jua kepada guru online yang banyak membimbing, Pn. Anys Idayu dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang mana pengasasnya Pn. Masayu Ahmad yang sudi menyediakn ruang pembelajaran blog secara online,  kelas yang mudah hanya dihujung jari  =) 

Alhamdulillah lahirnya:

ARDA eSHOP   >>>  Anugerah Rezeki Dari Allah swt. 

Umma lacto Pengerat Kasih Ibu dan Bayi

Berikan anak anda susu ibu yang terbaik dan berikan bekalan secukupnya.

Rasai pengalaman bersama Umma Lacto dan rasai perubahan pada kualiti dan kuantiti susu insyaAllah. 

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727



Kelebihan HALBA

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba 

nescaya mereka sanggup tukarkannya 

dengan sebanyak timbangan emas " 
( Books of Sufi Healing m.s.58)

Herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja. (ini berita gembira!!). InsyaAllah. Segalanya dari Allah jua. Kita cuma berusaha.

Halba antara kandungan dalam Umma Lacto. Hanya bahan terpilih dan terbaik untuk ibu-ibu menyusukan anak dirumus dalam Umma Lacto. Dapatkan Umma Lacto anda hari ini!