Rabu, 29 April 2015

20 AYAT JANGAN UCAPKAN PADA SURIRUMAH

Ramai je yang selalu camni kan, nak-nak kalo berkunjung ke rumah saudara-mara hmm memang soalan nie sangat popular, kalo setakat bertanya saja tak ngape lerr pastu sambung plak ayat-ayat yang mengguris jiwa dan raga huhuhu 
Antara yang selalu diperkatakan >>

1# Oh, awak tak kerja ye?
2# Awak luangkan masa sepenuhnya dengan budak-budak (anak-anak) ? Uh, tak dapat saya bayangkan macam mana keadaannya!
3# Alahai, jelesnya saya. Kalaulah suami saya kaya, dah lama saya mintak berj=henti kerja.
4# Abis tu, apa yang awak buat sepanjang hari?
5# Buat rugi jela belajar tinggi-tinggi, last-last duk rumah je..
6# Tak pelikla kalau anak tu manja sangat, asyik berkepit je dengan mak dia.
7# Kalau awak tak kerja, mesti rumah awak sentiasa bersih dan kemas je kan? Yelah..orang tak kerja!
8# Memang patut pun awak tak kerja..
9# Banyak masa free tu, awak tak boringke?
10# Mesti bestkan sebab tak payah pergi kerja!
11# Baiknya suami awak bagi awak tak kerja kan! (suami dia tak baik ke?hihi)
12# Oh,rasanya saya tak boleh kalau tak kerja. Takde ‘life’ rasanya nanti !
13# Bila awak plan nak ada kerja tetap?
14# Awak tak rasa membazir ke habiskan duit dan masa untuk buat degree dulu?
15# Suami awak mesti kaya kan? Saya tak mampula camtu..
16# Kalau saya duk rumah, mesti rumah saya bersih je!
17# Memandangkan awak surirumah dan tak busy, boleh tak awak tolong saya buat …..?
18# So.. awak ni jaga anak jela..
19# Mesti best kan boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan sebab tak kerja..
20# Patutla nampak awak ni macam tak reti bergaya je =(

  


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Salam ziarah dari FB grup ABDR :)

    Tersenyum simpul baca entry ni. Hihihihi.. Sambil tulis komen ni pun sambil tersenyum simpul. Hihihi..

    Saya dah masukkan pn Shuhada kat blog list saya. Jemput singgah blog saya ye www.sitimunirah.com

    BalasPadam