Hmm camana nak mula, dipendekkan cerita la, kalo cerita betulnya agak panjang berjela, tak larat plak nak baca nanti kih kih kih..
Petang semalam, ikutla encik asben nak makan bihun sup di kedai, sampai di kedai, kelihatan di meja hujung sana, sepasang suami isteri bersama 2 anak kecik juga sedang menunggu pesanan makanan yang di order. Hmm takde yang pelik pun kat sini hehehe biasalah sambil menunggu order makanan kita jengah-jengah la kawasan sekitar kan, uolss pun camni juga kan kan kan...sesambil tue duk perati anak bongsu Arda yang memang ligat ke sana-sini dalam kedai makan nie huhuhu memang gituelah kije nye, sementara nak besar cam abam yang dah boleh duk diam kat kerusi.
Tup tup terpandang anak pasangan itu, duk mengadap gajet atau dipanggil tablet, ralit sungguh anak kecik tue duk tengok je gajet tue. Hmm rasa-rasa patut ke anak sekecil tue di berikan dengan gajet ?? Dari mula Arda sampai kat kedai sampailah diorang habis makan, si anak kecil tue hanya duk ralit kartun dalam tablet tue....makan pun tak, duk ngadap tue je..
Hmm korang rase ape yang tengah Arda pikir ni ?? Patut ke tidak mak ayah budak nie, biarkan je anak kecik tue mengadap tablet sepanjang masa makan tue ?? Nak salahkan siapa, jika nanti anak terlalu taksub dengan tablet ??
Sedih plak memikirkannya !! kesian dengan anak kecik tue !! marah dengan sikap kedua ibu bapa itu !!
Arda memang sangat-sangat tak setuju, jika anak terlalu diberi kebebasan menggunakan gajet sepenuhnya, ade yang amik langkah mudah, bila anak-anak menangis disogokkan dengan gajet supaya diam, anak-anak sekarang dalam rumah pun diberikan gajet dengan alasan senang ibubapa nak berbual atau tak nak rumah bersepah !!
Ishh, kalo tak setuju dengan pendapat Arda nie, korang carilah sendiri kesan penggunaan gajet nie terhadap kanak-kanak, korang pasti terkejut yang amat !!
Antara yang pernah Arda baca, kesan penggunaan gajet yg berlebihan kepada kanak-kanak :
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar)
–Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat
pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas
berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak
dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan
perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
Sayangilah anak-anak kita, usah tunggu sampai nasi sudah menjadi bubur, yang paling utama peranan ibubapa, perlu awasi penggunaan gajet nie, galakkan anak-anak untuk bermain dengan permainan-permainan yang lebih menguji minda dan meransang pergerakan otot dan badan supaya anak-anak kita lebih cergas dan cerdas.