Khamis, 4 Disember 2014

Petua Bersihkan Kerang

Kerang memang  sukar dibersihkan kerana berpasir, kadang berlumut dan berselut huhuhu tapi jangan risau arda dah jumpe cara nak bersihkan kulit kerang nie.. 

Petua untuk membersihkannya:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

Kalo nak mudah kopek kulit die lepas rebus pun ade caranya juga tau =) 

Macam mana caranya? 
Ok, semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Ok, Selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan