Ahad, 26 Oktober 2014

Pasti Tersenyum Bila Baca Nie !!

PASTI SENYUM SORANG2 BACA NI..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

Mustahil tidak pernah terjadi. Rugi kalau tak baca ni..

01: Buka kipas, lepas tu cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
02: Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
03: Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
04: Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
05: Lukis burung guna huruf 'm'.
06: Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
07: Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
08: Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
09: Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10: Fikir dunia kartun memang wujud.
11: Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12: Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13: Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14: Susun kusyen dan buat seni binaan.
15: Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16: Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17: Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18: Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19: Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20: Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21: Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22: Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23: Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24: Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda '+' atau '-'. Orang cakap kalau tanda '-', tak boleh minum. Pastu terus buang. Hahaa..
25: Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26: Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27: Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
Saya copy kerana saya pernah buat..
Hehee..kenangan ni tau..
Korang macamana? Pernah..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan