Isnin, 27 Oktober 2014

Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat


Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak ! 

Okey Arda syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti uols tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkung serta bayam dan sayuran lain jugalah =) 

Caranya mudah je, setelah uols bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, terus je rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian uols masukkan garam dan cuka. Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya uols pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat dan sebagainya. Lepas rendam kejap, bolehlah bilas, biasanya Arda bilas sekurang-kurangnya 3 kali bilasan air, sambil2 tue bacelah selawat dan doakan semoga sayuran uols bersih =) =) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan