Sabtu, 23 Ogos 2014

Resepi pencicah ikan Bakar yang MABELESH !!

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua =)

Haaa nak kongsi satu resepi belajar dengan mak mertua hihihi, memang selalu buat  terutamanya jika makan tengahari bersama ikan bakar, memang mabelesh habis rasanya =) =)

cara-cara nak buatnya mudah aje hihihi...jom :

1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
 5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

 kalo ade isi ikan rebus pun boleh juga nak letak jika suka laa, lagi pekat kuahnya =)
Cara penyediaan
1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar.

p/s : mudah je kan !! hehe  Selamat mencuba !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan