Sabtu, 19 Julai 2014

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua,

Terima kasih kepada yang sudi singgah di kedai online ARDA eSHOP ini, kepada para customer diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi shoping di sini dan kepada yang sudi singgah menjengah di kedai kecilku ini terima kasih jua, semoga ilmu dan info yang dishare sedikit sebanyak berguna buat kalian, agar sama-sama kita beroleh manfaat dan pahala yang berganda di bulan Ramadhan yang mulia ini =)

Ramadhan dah makin menginjak usia ke pengakhiran, kini persiapan untuk menyambut 1 syawal kian terasa,  promosi online kian rancak, apatah lagi kedai di luar semakin sesak dengan orang ramai yang sedang menyiapkan persiapan raya, mak aihh jenuh juga berbelanja di saat akhir dengan anak-anak kecik yang sedang aktif, tak larat rasanya nak berkejar sambil soping huhuhu  apepun sebagai ibu dan bapa memang kesungguhan untuk persiapan hari raya lebih terarah kepada anak-anak =)

Tema kami tahun ini warna Ungu, last sekali beli online ajela hehehe mudah dan senang ! Inilah teknologi sekarang yang makin mudah hanya dihujung jari sahaja =) alhamdulillah persiapan untuk hari raya dan keperluan anak-anak dah pun dibeli, cukuplah sekadar sederhana sahaja =)

Di bulan Ramadhan ini juga, kita harus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt, jika kita rasa ujian kita berat, hakikatnya ujian yang diterima oleh orang lain adalah lebih berat daripada ujian kita !!

jadi sama-samalah kita ucapkan Alhamdulillah =)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan