Jumaat, 25 Julai 2014

Pra Raya Bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

alhamdulillah masih diberi kesempatan waktu untuk update kedai online kecintaanku ini =)

Hari nie ini pra persiapan menu raya bermula, menu wajib mak mertua saya setiap tahun, menu nie memang sentiasa mendapat permintaan dan kalo tetamu yang datang confirm makan sampai menjilat jari hehehe biasanya raya pertama sahaja dah tinggal bekas saja hehehe

Jeng Jeng Jeng hehehe nak tau menunya ???

Serunding ikan bilis namanya =) sebenarnya saya sendiri tak pernah jumpa menu nie, maklumlah saya orang pantai timur, memang tak pernah merasa pun makan serunding ikan bilis buatan seratus peratus air tangan mak mertua saya yang berasal dari utara. Kebanyakkan menu yang dihidangkan adalah menu utara =) Tapi bukan saya kata menu utara tau sebab saya pun tak pasti jika ade juga orang pantai timur yang biasa masak hidangan serunding ikan bilis =) Ade yang biasa masak menu serunding ikan bilis di hari raya ?? sila komen ye hihihi nak tau juge kot-kotla saya sorang je orang pantai timur yang tak pernah makan serunding ikan bilis nie...

Mula-mula beraya bersama suami, ye la dah sah-sah menu lain la sikit tak sama la dengan menu hidangan biasa saya saban tahun, orang terengganu kalo tak de nasik minyak atau nasi dagang atau nasik kuning memang tak sah macam kurang je rasa hihihi =) tapi  kata orang alah bisa tegal biasa,  tak cuba tak tau kan !!

Alhamdulillah kini menu serunding ikan bilis antara menu kegemaran kami sekeluarga di hari raya, bahkan jika giliran beraya di rumah mama dan abah saya, memang mak akan bekalkan kami siap-siap serunding ikan bilis supaya tak kempunan nanti hihihihi bestkan mak mertua saya hehehehe



*serunding ikan bilis masih di atas kuali


*sibuk si cilik nie nak membantu kacau sama


*bila pembantu cilik berposing 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan