Jumaat, 25 Julai 2014

Pra Raya Bermula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

alhamdulillah masih diberi kesempatan waktu untuk update kedai online kecintaanku ini =)

Hari nie ini pra persiapan menu raya bermula, menu wajib mak mertua saya setiap tahun, menu nie memang sentiasa mendapat permintaan dan kalo tetamu yang datang confirm makan sampai menjilat jari hehehe biasanya raya pertama sahaja dah tinggal bekas saja hehehe

Jeng Jeng Jeng hehehe nak tau menunya ???

Serunding ikan bilis namanya =) sebenarnya saya sendiri tak pernah jumpa menu nie, maklumlah saya orang pantai timur, memang tak pernah merasa pun makan serunding ikan bilis buatan seratus peratus air tangan mak mertua saya yang berasal dari utara. Kebanyakkan menu yang dihidangkan adalah menu utara =) Tapi bukan saya kata menu utara tau sebab saya pun tak pasti jika ade juga orang pantai timur yang biasa masak hidangan serunding ikan bilis =) Ade yang biasa masak menu serunding ikan bilis di hari raya ?? sila komen ye hihihi nak tau juge kot-kotla saya sorang je orang pantai timur yang tak pernah makan serunding ikan bilis nie...

Mula-mula beraya bersama suami, ye la dah sah-sah menu lain la sikit tak sama la dengan menu hidangan biasa saya saban tahun, orang terengganu kalo tak de nasik minyak atau nasi dagang atau nasik kuning memang tak sah macam kurang je rasa hihihi =) tapi  kata orang alah bisa tegal biasa,  tak cuba tak tau kan !!

Alhamdulillah kini menu serunding ikan bilis antara menu kegemaran kami sekeluarga di hari raya, bahkan jika giliran beraya di rumah mama dan abah saya, memang mak akan bekalkan kami siap-siap serunding ikan bilis supaya tak kempunan nanti hihihihi bestkan mak mertua saya hehehehe



*serunding ikan bilis masih di atas kuali


*sibuk si cilik nie nak membantu kacau sama


*bila pembantu cilik berposing 



Selasa, 22 Julai 2014

Tips Rumahtangga Bahagia

Assalamualaikum pembaca,
Saya mahu berkongsi tips agar suami sentiasa sayang kepada isteri.
Puan – puan cuba cium pipi atau dahi suami dan amalkan selama 40 hari. InsyaAllah suami akan berubah. Tidak perlu teknik tertentu, cium sahaja mana yang boleh. Ia sebenarnya memberi makna dan maksud yang mendalam pada suami. Nampak macam suami buat tidak tahu sahaja, namun percayalah, dia suka.
Saya terbaca tips ini dari sebuah petikan bertajuk ciuman isteri. Suami saya sebelum ini adalah seorang yang cukup kuat berahsia. Telefon bimbitnya juga diletakkan ‘password’. Pada saya itu adalah masalah besar bagi saya. Jadi saya pun berdoa kepada Allah dan Allah Maha, saya terjumpa petikan tersebut dan saya telah mengamalkannya selama 40 hari.
Pada mulanya suami agak janggal. Tetapi lama-kelamaan jika saya terlupa, dia pula yang akan mencium saya. Sehinggakan telefon bimbitnya kini tidak lagi mempunyai kata laluan. Malah dia juga menyuruh saya menjawab panggilan telefonnya dan membalas SMS yang masuk. Saya sungguh teruja. Sesungguhnya, Allah mendengar doa aku yang kerdil ini.
Hebat bukan? Setiap pasangan pasti ada dugaan. Syaitan memang tidak suka pada perkahwinan. Syaitan akan sentiasa menggoda dan menghasut agar manusia terjerumus ke lembah noda.
Saya berharap perkongsian saya ini bermanfaat.
#copypaste



Berdoalah

As salam semua,

Diam tak diam kita dah sampai di penghujung ramadhan...sedih plak rasanya, kerana memikirkan sesungguhnya ramadhan menjadikan kita  insan yang lebih baik dari bulan biasa  apatah lagi dengan reward pahala yang berganda, mampukah kita kekal istiqamah selepas ini huhuhuhu ???

Jomla kita berlumba-lumba memperbanyakkan berdoa, kerana apa yang kita hajati adalah segalanya milik Allah swt  dan hanya Allah swt jua  yang boleh mengakbulkan permintaan kita ...=)


Jom doakan semua orang yang kita sayang.

 Mudah2an dimakbulkan Allah =) =) 


Ahad, 20 Julai 2014

Turun 6kg dengan PELLAVINA SLIMMING DAN DETOX !!

Alhamdulilah .. walaupun tak capai target untuk turun 10kg sebulan tapi alhamdulilah dapat juga 6kg !!. .

*terus nk repeat order sebb nk capai target nk hilang 10kg.. nk kurus sebelum raya .

P/s: kalau sebelum ni ambil produk slimming tak berkesan ?? Cuba pellavina slimming dulu..pasti 7-10kg dalam tangan

sms/whatsapp "nak slim" ke 01126093727 =)




Sabtu, 19 Julai 2014

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua,

Terima kasih kepada yang sudi singgah di kedai online ARDA eSHOP ini, kepada para customer diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi shoping di sini dan kepada yang sudi singgah menjengah di kedai kecilku ini terima kasih jua, semoga ilmu dan info yang dishare sedikit sebanyak berguna buat kalian, agar sama-sama kita beroleh manfaat dan pahala yang berganda di bulan Ramadhan yang mulia ini =)

Ramadhan dah makin menginjak usia ke pengakhiran, kini persiapan untuk menyambut 1 syawal kian terasa,  promosi online kian rancak, apatah lagi kedai di luar semakin sesak dengan orang ramai yang sedang menyiapkan persiapan raya, mak aihh jenuh juga berbelanja di saat akhir dengan anak-anak kecik yang sedang aktif, tak larat rasanya nak berkejar sambil soping huhuhu  apepun sebagai ibu dan bapa memang kesungguhan untuk persiapan hari raya lebih terarah kepada anak-anak =)

Tema kami tahun ini warna Ungu, last sekali beli online ajela hehehe mudah dan senang ! Inilah teknologi sekarang yang makin mudah hanya dihujung jari sahaja =) alhamdulillah persiapan untuk hari raya dan keperluan anak-anak dah pun dibeli, cukuplah sekadar sederhana sahaja =)

Di bulan Ramadhan ini juga, kita harus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt, jika kita rasa ujian kita berat, hakikatnya ujian yang diterima oleh orang lain adalah lebih berat daripada ujian kita !!

jadi sama-samalah kita ucapkan Alhamdulillah =)


Khasiat BUAH TEMBIKAI

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.

"Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.

"Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah


Jumaat, 18 Julai 2014

Apa yang Terjadi Pada Tubuh Badan Semasa Kita Berpuasa?


Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.
Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.
Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.
Hati - hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).
Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.
Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.


Khamis, 17 Julai 2014

Psikologi Tidur Menggunakan Bantal


1. Memeluk Bantal – Jika anda suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Anda mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan anda halus dan jiwa anda romantik. Kadangkala anda boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Anda juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2. Menggunakan Banyak Bantal – Anda biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian anda memerlukan banyak pendamping. Anda jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3. Tidur Dengan Satu Bantal - Anda bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Anda juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki - Anda mempunyai sifat kurang baik. Anda jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan anda mungkin bersifat egois. Anda juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Anda tidak suka berusaha.
5. Tidur Tanpa Bantal - Anda memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
6. Tidak Punya Bantal - Anda dinasihatkan segera beli bantal untuk tidur.
واللهأعلمبالصواب
copypaste

Rabu, 16 Julai 2014

Buntu dengan masalah susu badan yang semakin berkurang?

Mencari penyelesaian supaya bayi anda mendapat bekalan secukupnya?

Umma Lacto yang anda cari! Suplemen untuk ibu-ibu menyusukan bayi dirumus hasil kajian pakar laktasi. Memang terbaik!

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727 


atau order terus di >> Klik Sini Yea


TESTIMONI..TESTIMONI ...UMMA LACTO




tempah sini >>  Klik Sini

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727 

Selasa, 15 Julai 2014

PETUA AGAR ANAK IKUT CAKAP IBU BAPA


1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Jom sama-sama kita amalkan...



Isnin, 14 Julai 2014

ak turun 5kg seminggu bah !


badan pun dah rasa ringan . yang best perut tak menggelebeh dah ..

PELLAVINA SLIMMING DAN PELLAVINA NATURAL DETOX  MEMBANTU ANDA  JUGA  !!!! 

JOM DAPATKAN SEGERA !!! 

sms/whatsapp "nak slim" ke 01126093727 



Anda ibu yang menyusukan bayi ??

Anda ibu yang menyusukan bayi ?? jangan risau set slimming pellavina selamat untuk diminum oleh ibu yang menyusukan bayi tiada ape-ape kesan sampingan 

sms/whatsapp "nak slim" ke 01126093727 

jom pm sekarang untuk hasil terbaik !!! 

PELLAVINA SLIMMING dan PELLAVINA DETOX membantu anda kembalikan berat yang ideal !!


Ahad, 13 Julai 2014

Dapatkan AKHBAR METRO hari ini !!!!

Ahad 13 julai 2014 METRO


Dapatkan akhbar metro hari ini untuk iklan pellavina =)



sms/whatsapp "nak slim" ke 01126093727





Susu Ibu Makin Meriah !!!

"Susu badan makin meriah! Dulu pam dua-dua belah nak dapat 4oz pun susah. Lepas cuba Umma Lacto, pam sebelah pun boleh dapat 5oz!"

Mommies yang nak puasa tapi risau baby tak cukup susu badan, boleh cuba Umma Lacto ye. InsyaAllah sebagai ikhtiar. 

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727 

atau boleh terus tempah di sini >>  klik sini


Khamis, 10 Julai 2014

Jom Ajar Anak-anak kita !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah =) =)

Alhamdulillah kita dah menginjak ke bulan Ramadhan yang penuh berkat, InsyaAllah semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala berlipatkaliganda untuk kita semua, Amin =)

Sambil melayari internet terjumpa video nyanyian terjemahan surah al-fatihah, en. suami yang mula-mula jumpa dan download video ni, sangat comel budak-budak kecil nie, pandai nyanyikan lagu terjemahan surah al-fatihah =)

Kami mula pasang untuk anak-anak dengar, bukan main seronok diorang nie, mula-mula dengar dengan kusyuk sampai mata pun tak berkelip hihihi, betulla anak-anak kecil nie mudah je dapat terima ilmu baru, otak macam span yang serap je semuanya sebab tue la pentingnya kita serapkan perkara atau nila-nilai yang baik sahaja kepada diorang nie.

Alhamdulillah dah tiap-tiap hari duk ulang dengar video ni, anak-anak dah mula pandai ikut lagu terjemahan surah al-fatihah nie, sebagai ibu seikhlas kata memang sangat teruja mendengar anak-anak dah pandai baca al-fatihah beserta terjemahannya walaupun takde la sepenuhnya betul =)

Jom sama-sama kita hayati  dan ajar anak-anak kita =)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

SEGALA PUJI BAGI ALLAH SWT , TUHAN SEMESTA ALAM

MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN

HANYA KEPADA MU YA ALLAH SWT

KAMI MENYEMBAHMU YA ALLAH SWT

HANYA KEPADAMU KAMI MOHON PERTOLONGAN

TUNJUKKILAH KAMI JALAN YANG LURUS 

IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG KAU KURNIAKAN

NIKMAT KEPADA MEREKA

BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI 

DAN BUKAN JALAN-JALAN MEREKA YANG SESAT 



video

Kini masalah SUSU IBU kurang tiada lagi


Alhamdulillah, susu meriah juga walaupun di bulan puasa =) =)

sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727

boleh juga terus tempah di sini >>  KLIK SINI




Rabu, 9 Julai 2014

PENGUMUMAN >> STOK UMMA LACTO DAH SAMPAI !!!


Alhamdulillah stok UMMA LACTO dah sampai  

sesiapa yang dh buat bayaran kami akan poskan hari ini  

uolss yang bertalu-talu tanya bila nak sampai hihihi stok dah sampai ye laling semua... 

kepada yang nak order >>>

boleh terus sms/whatsapp "umma lacto" ke 01126093727 


nak order ??  >> klik sini   



Tolong Cari Perbezaan 3 Ayat Surah Al Ikhlas Dibawah ini..

Bismillahirahmannirahim...
1. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.
2. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.
3. Qul Huwallahu Ahad; Allahus-Samad; Lam Yalid Walam Yulad; Walam Yakul Lahu Kufuwan Ahad.




-------------------------------------
Tahniah..Anda Baru sahaja Membaca 3 kali Surah Al Ikhlas.. Barangsiapa Yang membaca Surah Al Ikhlas 3 kali.Pahalanya sama seperti Membaca Al Quran 30 Juzuk.=) =)

TIPS LAYAN ISTERI

 (untunglah dah kahwin,hihi..) yang lain sila peluk bantak gigit bucu bantal! 

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk andamelihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

InsyaAllah, bila isteri kita tahu yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu-ragu sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.



Isnin, 7 Julai 2014

" Promosi GILA " !!.....


Promosi potongan harga untuk produk pellavina ini sempena membantu golongan yang bermasalah berat badan dan bermasalah obesiti . NSF membantu membakar lemak dalam badan dan NDF untuk membuang toksin dalam badan .

kajian 99% orang yang mempunyai masalah usus susah untuk menurunkan berat badan dengan mudah , TETAPI masih lagi boleh menurunkan berat badan .. dan kami akan membantu 16.8 juta rakyat malaysia yang mempunyai masalah keGEMUKkan ini .. 9/10 Yang mengambil NSF dan NDF berjaya menyurunkan berat badan .

sudah ramai customer kami yang berjaya menurunkan berat badan mereka . 


PELLAVINA SLIMMING
****************
*Membantu Meningkatkan Kadar Metabolisma dalam badan
*Menggalakkan pembakaran lemak dan menurunkan kadar kolesterol
*Membantu melancarkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan berat badan
*Membantu menyingkirkan selulit (lemak degil) dari lapisan bawah kulit
*Meningkatkan tenaga dan badan lebih berasa cergas dan sihat
*Membantu mengawal pembentukan lemak baru dalam badan
*Membantu menyerikan wajah dan mengelak wajah dari menjadi kusam

PELLAVINA DETOX
**************
*Minuman detox ialah minuman serat paling tinggi dan minuman serat kesihatan terbaik.
*Membersihkan pengumpulan toksik dan logam berat di dalam tubuh.
*Menjana lebih tenaga dan menjadikan kesihatan lebih baik.
*Meningkatkan penghadaman serta metabolism.
*Mengurang kembung perut dan gas serta mempertingkatkan pengurangan berat badan.
*Membersihkan parasit, cacing dan telur-telurnya.
*Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrisi dari makanan.
*Mengurangkan kesakitan dan membina sistem imunisasi yang kuat.


sms/whatsapp "nak slim" ke 01126093727 


Wahai Isteri...


berzikirlah semasa memasak supaya suami dan anak akan berkelakuan baik.
Ya Latif...ya latif...ya latif....
Subhanallah....subhanallah...subhanallah...
Atau berselawatlah ke atas junjungan besar Rasulullah SAW ketika masak.


Ahad, 6 Julai 2014

Pellavina Kini pilihan Ramai yang nak kembali ideal !!!!


Alhamdulillah semakin mengorak langkah ke hadapan =) 

8 Ramadan 1435 hijrah...

dapatkan  BERITA HARIAN  dan iklan mengenai 

PELLAVINA SLIMMING DAN PELLAVINA NATURAL DETOX 

Berminat nak cuba ??

katakan "nak slim"  sms/whatsapp ke 01126093727 

boleh juga kunjungi page fb : Pellavina Beauty Secrets


Besarnya Kasih Seorang Ibu

Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk anaknya.
Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.
In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.
Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..
Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!
CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

untuk renungan bersama, semoga bermanfaat ..insyaallah 

Jom amalkan Zikir Ini sentiasa

Inilah zikir yg di baca oleh Nabi Yunus AS semasa dlm perut ikan Nun selama 40 hari, sebelum di muntahkan semula oleh ikan Nun tersebut. Pesan ulama', dengan mengamalkan zikir ini, in sya Allah berbagai masalah & kesusahan akan dpt di atasi satu persatu. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin, wassalam.


Nak Kurus cara Sihat ?

WAHHHHHH !!! 

Repeat order selepas 8 hari menggunakan produk pellavina dan berjaya

turun sebanyak 3kg !!.

info : sebanyak 5000 box telah terjual dan mempunyai seramai 300 pengguna diseluruh malaysia .. % yang mengambil produk pellavina sekarang ni sangt berpuas hati dengan kesanya..


Jumaat, 4 Julai 2014

SAIZ PERUT BAYI, PERKARA YANG PARA IBU PERLU TAHU


Ini lah saiz perut baby dan jumlah susu yang diperlukan ( anggaran berat baby dalam 3.3 kilogram)

Percayalah. Yakinlah. Susu anda cukup untuk baby anda. Diawal kelahiran jika menangis, melekap lama, kerap menyusu seolah2 tidak kenyang BUKAN kerana susu sikit , BUKAN kerana tak kenyang, BUKAN kerana susu tak cukup khasiat TAPI kerana ..

baby mahu mendengar degup jantung ibunya yang dia dengari selama 9bulan di dalam perut. Baby mahu rasa selamat berada di luar perut ibunya yang sebelum ini sempit berbeza dengan alam dunia yang bising, sejuk, panas. Baby perlukan pelukan ibunya dan hanya kenal ibunya dan macam2 lagi.

9 bulan dalam perut tak mungkin dia boleh sesuaikan diri dengan alam dunia dalam masa yang singkat. Sehari? Seminggu? Sebulan? Sekurang2nya dalam pantang fahami perangai baby.

Ibu2 jangan takut untuk peluk baby, letak baby di pangkuan. Jangan takut anak tak mahu letak nanti. Waktu berpantang inilah saat paling indah kita bersama2. Fitrah baby memang begitu. Bertabahlah. Saat itu akan berlalu dan menjadi kenangan kita nanti. Bukan semua wanita dapat merasai nikmat ini. Jadi, bersyukurlah anak kita suka melekap suka dipegang suka dipangku.

Percayalah, semua ibu mampu menyusukan anak2 dengan susu ibu sahaja. Mari kumpul ilmu penyusuan ketika hamil untuk persediaan selepas melahirkan nanti.

Semoga semakin ramai ibu2 menyusukan anak syurga yang dipinjamkan kepada kita .

In shaa Allah.

Juzaila Abd Satar
Kaunselor Laktasi Bertauliah



Anak Itu Kupu-Kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



Mommies yang awesome semua,

 untuk minggu ni kita ambil pre-order  UMMA LACTO sahaja ye. Maksudnya, next week bila barang available baru kita buat penghantaran HANYA pada mereka yang dah buat bayaran ye. Terima kasih. 

*Mommies boleh pre-order sekarang ye jadi bila barang ada kita boleh poskan terus.


Dear mommies,

Stok Umma Lacto kita dah habis. Memang fast selling, hot item untuk breastfeeding mommy. Jadi minggu ni kita pre-order sahaja ye. Once stok dah sampai kita poskan pada yang dah buat bayaran. Minta maaf atas kesulitan. =( =(

*Yang belum cuba, cuba cepat-cepat tau. Memang terbaik! =)


Keajaiban Bersedekah

Saya copy & paste
Keajaiban Bersedekah;
Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum, 3 minggu lepas saya menghadiri satu seminar selama 5 hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari. Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka 'tersangat' kaya. Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an. Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan. Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta. Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat. Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Nasihat Dari Para Jutawan
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu. Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka. Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dompet. 

Khamis, 3 Julai 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA ....

Hari ini saya mahu kongsikan DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah : 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : 

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya: 

1- ASSALAM : SEJAHTERA. 
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. 
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak. 

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Aminnn.



*gambar hiasan =)