Isnin, 9 Jun 2014

Cuti-cuti

Assalamualaikum ..

Bismillahirrahminirrahim...rindunya nak berbloging hehehe lepas dua tiga hari tak update sebab balik ke kampung dan melayan sepenuhnya dua beradik yang nak pegi piknik =)

Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak bercuti dengan ceria, main air sungai macam jakun je hehe.. yang kecik sampai tak nak naik langsung nak berendam dalam air je, seronok sangat hehehe sebelum ni tak pernah lagi bawak diorang mandi air sungai yang macam nie , cetek je air paras lutut je hehe tue yang diorang sangat teruja bermain tambah plak dapat main dengan kengkawan yang sebaya lagi seronok =) 

Seronok bukan main lagi, dapat bagi makan kat kambing, memang pengalaman yang sangat bermanfaat untuk diorang nie =) juga sesi memancing olok-olok hahaha penat tokki layan karenah si abam yang nak memancing kat kebun last-last tokki buat pancing dan suruh diorang pancing dalam tong besar ikan keli kat tepi rumah hehehe tapi diorang tetap seronok =) 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan