Rabu, 30 April 2014

Kenapa Kerja Dari Rumah Jadi pilihan ??

Sebaik melahirkan cahaya mata kedua,  bermulalah episod baru kehidupan saya bergelar surirumah sepenuh masa, sebenarnya hati masih gundah gulana dan bercelaru antara kehidupan bekerja dan kehidupan sebagai suri rumah ?? 

Setelah setahun bergelar suri rumah, disamping menyiapkan rutin seharian dirumah, hati mula dilonjak rasa untuk membuat sesuatu untuk membantu suami disamping mencari wang tabungan untuk kami sekeluarga. Hati mula berkira-kira nak bekerja semula, alhamdulillah tawaran untuk cikgu ganti masih dibuka, tapi hati pulak resah untuk tinggalkan anak-anak di pusat asuhan huhuhu  juga perlu kira-kira juga wang untuk bayaran ke taska sekarang bukannye murah, nak tinggalkan anak-anak yang tengah lasak dengan mertua memang tak sampai hati. Pada masa nie, fikiran kusut kembali hati teringin nak kerja tapi anak-anak macamana pula ?

Perkara terbaik pada masa tue adalah mencari jalan keluar macamana nak jaga anak-anak dan pada masa yang sama ade juga sumbangan kewangan untuk keluarga ? Satu-satunya jalan yang ada adalah mulakan bisnes online dari rumah =) =)

Haaa jangan ingat mudah yea, sebelum memulakan bisnes online banyak persediaan yang perlu ada juga bukan main terjah je yea,  jangan terkejut yea sebelum nie online jarang-jarang,  blog dh usang, facebook ade juga tapi kalau online pun baca-baca status orang je tak minat sangat pun, betulla kata orang, biasanya kalo tak terdesak kita malas nak mencuba apepun tapi bila keadaan yang mendesak, segala rintangan pun kita sanggup redah !!

Alhamdulillah, bermula dengan keterpaksaan kini bisness online semakin saya suka suka suka sangat, bab hasilnya sudahla pasti hehehe tapi yang utama kini hati saya tenang dan lapang kerana dapat melihat anak-anak membesar di depan mata juga hasil bisnes online sedikit sebanyak telah dapat membantu kurangkan bebanan suami tercinta =) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit , in syaa allah semoga impian bergelar jutawan muslimah dunia dan akhirat tercapai =) =) doakan yea ..amin 

Ade hikmahnya di sebalik semua yang terjadi =) =) Alhamdulillah, kini bisnes online yang saya jalankan semakin mendapat sambutan, bermula dengan fanpage fb: Rahsia Ibu Sihat Saya mulakan dengan menjual produk baby tropika khusus untuk baby yang mengalami masalah kulit seperti ruam panas, gatal-gatal atau ekzema. Setelah mendapat sambutan menggalakkan saya tambah lagi dengan menjual produk HARUM MALAM dan Vee Spray khusus untuk masalah kesihatan Wanita. Ade juga yang tanya-tanya ada tak saya jual produk untuk lelaki, alhamdulillah WIRA MALAM produk untuk lelaki mula mendapat sambutan juga di fanpage rahsia ibu sihat.

Atas Sambutan yang menggalakkan, kini UMMA LACTO (booster susu terbaik untuk meransang penghasilan susu ibu agar kembali meriah dan pekat) semakin mendapat permintaan di kalangan ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan bahkan juga diminati oleh ibu yang sedang hamil kerana pengambilan UMMA LACTO ketika hamil menjadikan mereka lebih segar dan bertenaga =)

Syukur padaMu Ya Allah swt atas rezeki yang engkau limpahkan =) =) Terima kasih juga kepada customer-customer yang setia membeli dan repeat order dari saya. Berniaga juga membuatkan saya mengerti nilai kepuasan setelah mendapat respon yang positif dari customer yang telah menggunakan produk yang dijual, Perasaan seronok yang tak dapat digambarkan kerana dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka, inilah satu pengalaman berharga yang tak boleh disamakan dengan wang ringgit =) =) =)

Saya makin cinta akan dunia bekerja dari rumah, saya suka suka suka sangat !!  

                                *beginilah lebih kurang keadaan saya sekarang hehehe tapi puashati =) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan